Satu sesi perkongsian barisan produk-produk keluaran KYB dan tunggang uji telah diadakan pada 21 April lalu di hadapan pengamal media yang diundang khas. Dihadiri tetamu kehormat termasuk Pengarah Urusan KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd, saudara Iwao Mizuno, para undangan turut diberi penerangan tentang setiap barisan produk KYB yang dikongsi pada majlis tersebut oleh saudara Muhaizar dan Sanjay.
Seterusnya, aturcara diteruskan dengan jamuan makan dan sesi pandu uji kereta-kereta yang telah dipasangkan produk KYB. Sesi pandu uji ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para undangan merasai sendiri kualiti produk KYB yang dipasangkan. Sejurus itu, pihak penganjur turut mengadakan sesi cabutan bertuah di mana para pemenang bertuah membawa pulang hadiah-hadiah lumayan seperti produk-produk KYB dan peralatan elektronik lain.