Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Keeway Dorado 250, Unik & Stylo

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tampan, segak dan unik. Terence Yap, nama jejaka yang murah dengan senyuman dan peramah orangnya. Jangan terkejut apabila berdepan dengan Terence yang lebih gemar berbahasa kebangsaan dengan lenggok bahasa yang penuh sopan dan lembut. Pertemuan kami cukup unik, sepertimana orangnya juga yang suka kepada keunikan. Pandangan pertama kami tertumpu kepada sebuah motosikal “Easy Rider” yang berkilat, menyilau mata dan membuatkan kami berminat mengenali pemilik dua roda ini dengan lebih lanjut.

Pengurus Operasi yang bertugas di salah sebuah syarikat sekitar ibu kota ini merupakan seorang anak yang cukup patuh kepada kedua orang tua. Buktinya, selama 17 tahun hasrat dan minat terpaksa dipendamkan terhadap dunia permotoran. Seawal usia 16 tahun, Terence mula berjinak dengan Yamaha LC, motosikal mula-mula dimilikinya. Nasihat dan teguran demi keselamatan dari kedua orang tua telah membantutkan hasrat Terence untuk meneruskan minatnya bersama dunia 2 Roda.

Anak jati Kuala Lumpur yang dikelilingi arus kemajuan dan memenuhi masa terluang di usia muda dengan meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang. Antaranya seperti Pereka Hiasan Dalaman, Sains Komputer dan Pengurusan Bisnes. Namun, minat mengatasi segala-galanya dan apa yang dipelajari tidak mampu menghalang Terence dari meneruskan hasrat yang terpendam.

Setelah tamat alam pembelajaran, kereta pula menjadi minat utamanya. Namun jentera 4 tayar masih lagi tidak dapat memuaskan hasrat yang sekian lama terpendam. Mengharungi kesesakan trafik, masa yang terbuang di jalanraya dan musuh utama bagi Terence adalah kesukaran untuk parking. Walaupun mendapat tentangan dari kedua orang tua, namun tentangan tersebut tidak sehebat di zaman remaja.

Menunggang dengan penuh hati-hati, sentiasa mengikut undang-undang dan paling penting jangan memecut, demikian kata-kata nasihat dari kedua ibubapanya apabila mendapat berita anak kesayangan,Terence sudah memiliki sebuah motosikal Keeway Dorado 250. Bercerita tentang pemilihan model Keeway Dorado 250, Terence bukanlah seorang yang mendambakan kelajuan. Sebaliknya, ketenangan, santai dan paling penting menikmati tunggangan.

Pada beliau, harga motosikal ini berbaloi andai ingin melakukan modifikasi. Cafe Racer menjadi idaman beliau. Hasrat mengubah motosikal tersebut menjadi sebuah motosikal Café Racer akan dilakukan sedikit masa lagi. Jiwa halus, itu selayaknya gelaran yang harus diberikan kepada Terence. Beriadah sambil menikmati keindahan flora dan fauna serta mengambil gambar haiwan liar merupakan hobi yang tidak pernah ditinggalkan.

Setiap tahun, aktiviti tersebut dijalankan di lokasi berbeza. Minat ini turut diadaptasi pada minat utamanya, motosikal. Pada Terence, asasnya motosikal jika dijadikan kemudahan maka ianya sesuatu yang tepat. Motosikal mempunyai seni tersendiri, terpulang kepada pemiliknya untuk mencorak motosikal mereka.

Apa yang dimaksudkan oleh Terence ialah cara penjagaan, penggunaan dan paling penting kesesuaian motosikal dengan penunggang. Keeway Dorado 250 menjadi idamannya setelah membuat kajian hampir 1 tahun. Kemudahan alat ganti sama ada di Malaysia mahupun melalui carian di internet.

Beliau sentiasa menyokong langkah-langkah diperkenalkan kerajaan demi kemajuan sukan permotoran di negara kita. Nasihat beliau kepada penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi undang-undang, berpakaian lengkap ketika menunggang dan berhati-hati ketika menunggang. Roadstar berharap cita-cita Terence mengadaptasi Keeway Dorado 250 menjadi sebuah motosikal Café Racer tercapai.

Previous Post

KYB Product Sharing & Test Drive

Next Post

Majlis Pengumuman Pemenang Malaysia Autoshow 2019 dan Pelancaran Kempen Kesedaran Pemandu Cekap

Next Post

Majlis Pengumuman Pemenang Malaysia Autoshow 2019 dan Pelancaran Kempen Kesedaran Pemandu Cekap

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved