Lebih 150 orang telah menyertai program KW Ride Santai Ulu Bendul yang diadakan pada 7 Julai lalu. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kelab-kelab motosikal di Negeri Sembilan serta beramah mesra antara ahli-ahli kelab lain. Program yang turut menerima tajaan makanan dari DUN Pilah ini mendapat sambutan yang cukup baik dari kaki motor di Negeri Sembilan.
Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk konvoi motosikal, mandi-manda dan cabutan bertuah yang hadiahnya ditaja oleh Koyoko, Kenda dan Kim Wah Trading. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu, selaku EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian Kebudayaan dan Adat istiadat Melayu Negeri Sembilan memerangkap Adun Pilah.
Kelab-kelab yang hadir
KW Motorsport Malaysia
Jentera Empire Riders N9
Geng Moto Ghombau
King Of Pyston N9
Y15ZR Southern Region Melaka
Set Pelesit Super Fly
Fly Fly Utara Selatan
Pertubuhan Kebajikan Anak Jati N9 (PKAJN9)