Perlumbaan motor terpantas di Malaysia, King of Speed telah berlangsung di kawasan perindustrian Lubuk Merbau, Kuala Kangsar pada 13 Julai lalu. Sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan dan berjaya menarik sehingga 90 penyertaan. Dianjurkan oleh Loyai72 Event Management yang diusahakan oleh saudara Loyai atau lebih dikenali sebagai drifter negara. Sebelum ini, beliau banyak mengendalikan acara drift di Malaysia dan ini adalah kali pertama beliau menganjurkan perlumbaan drag untuk golongan belia yang meminati dunia dua roda.
Bagi makluman anda, saudara Loyai juga merupakan seorang drifter profesional yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun selain di tanah kelahiran sendiri, Malaysia. Turut hadir bersama beliau adalah sis Tracy yang dikenali sebagai Mummy di kalangan para pelumba dari Suzuka Oil. Disaksikan dengan ribuan penonton yang hadir. Para pelumba terlebih dahulu mengambil ujian masa untuk sesi kelayakan. Pada sebelah malam pula telah berlangsugnya sesi suku akhir, diiukti semi dan seterusnya perlawanan pusingan terakhir.
Para pelumba yang berjaya memenangi pertandingan ini membawa pulang trofi, wang tunai, perkakas alat ganti dan kemeja-t sumbangan penaja. Pihak penaja mengucapkan setinggi penghargaan kepada pasukan-pasukan yang terlibat dan juga pihak penaja yang sudi menaja King of Speed ini seperti Suzuka Lubricant, SWIPOH Perak, SMK Racing, Zakusha Sticker dan juga Seafood City. Rider kasi mari!
Teks oleh : En. Bob
Senarai Pemenang King Of Speed
2T 150 PD
1. Kecik Super (Jeffry Motor Speed Suzuka Racing Team)
2. AM Ulala (Hyperspeed Halim Motor)
3. AM Ulala (Hyperspeed Halim Motor)
4. Pak Tam (Power Up Dhan Speed Motor)
4T 110 PS
1. Kecik Super (Team CMW Suzuka)
2. Pak Tam (Wai Motor)
3. Kecik Super (Pak Yob Motorsport)
4. Awan Dania (Losai Motor)
2T 150 TS Cutting Cubprix Exzos Standard Potong 51cm
1. Pakdin (GMC Suzuka)
2. Pakdin (AMR GMC Suzuka)
3. Dek Wan (Power Up LB Motor)
4. Awan Dania (One Modify Iwan Mee Udang)
4T 150 TS Cutting Cubprix
1. AM Ulala (GIM Motor SMK Racing)
2. Fuiz Aliang (Chia Racing Project)
3. Sheing Eik (Sheing Eik Motor King Kasa)
4. Paktam (GSM Racing)
2T 150 Cutting Cubprix Ekzos Open
1. Dek Wan (Power UP LB Motor)
2. Paktam (Power Up Dhan Speed Motor)
3. Awan Dania (One Modify Aik Motor)
4. Zahir (Redline Z17)
2T 150 PS
1. AM Ulala (Hyperspeed Halim Motor)
2. AM Ulala (Hyperspeed Halim Motor)
3. Kecik Super (Jeffry Motor Speed Suzuka Racing)
4. Awan (AKM Motor)
4T 110 PS Head Block Standard Honda
1. Amy (RPA Motorsport)
2. Muye (Fakhri Machine)
3. Kecik Super (Jun Motor)
4. Kecik Super (YKZ Motorsport)
2T 150 Standard Kilang
1. Hakimi (Ower Speed Sg Petani)
2. Awan Dania (One Modify Aik Moto)
3. Dek Wan (Power Up LB Motor)
4. Bun Bun (ASOM Motor)
4T 150 Standard Body
1. AM Ulala (Sheing Eik Moto SMK Racing)
2. Kecik Super (SP Dyno)
3. Kecik Burger (Jamal Motor SMR Performance)
4. Awan Dania (One Modify Iwan Mee Udang)
4T 150 PD
1. Awan Dania (Zas Motor)
2. Kecik Super (Wen Racing Project Suzuka)
3. Kecik Super (Danish Motor)
4. Kecik Super (Danish Motor)
4T110 TS Standard Kilang
1. Aiman Kecik (Annasya Racing Projek)
2. Pak Cha (AMC Racing Project)
3. Angah Kecik (Don Motor Speed/Wai Motor)
4. Aiman Kecik ( Ainasya Racing Projek)