Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kuala Lumpur Bike Week 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-12-19
in BULETIN, UTAMA
0


Peluang Memenangi Harley Davidson

Peluang untuk anda memiliki sebuah motosikal Harley Davidson Sportster (kustom) merupakan tarikan utama Kuala Lumpur Bike Week 2019 sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke acara permotoran terbesar di tanahair minggu ini. Disokong oleh Tourism Malaysia melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia, KL Bike Week 2019, acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggiat motosikal tanahair kini kembali lagi mengegar kotaraya Kuala Lumpur untuk edisi ke-10 yang akan berlangsung pada 20 hingga 21 Disember ini.

Memilih lokasi di Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, acara tahunan itu, pengusaha Red Garage Enterprise, Muhd. Idi Iskandar Abu Zahar menjelaskan bahawa, KL Bike Week edisi terakhir cukup berbeza berbanding 9 penganjuran sebelum ini.

“Selain lokasi di Bandar Malaysia yang agak luas, penganjuran KL Bike Week kali ini cukup berbeza berbanding sembilan edisi penganjuran sebelum ini termasuk menyediakan sebuah motosikal Harley Davidson bagi pengunjung bertuah yang hadir ke acara ini.

“Terdapat 10 perkara menarik dan berbeza pengunjung akan saksikan pada KL Bike Week kali ini. Bukan sahaja skop terhadap motosikal, malah KL Bike Week 2019 menyajikan pelbagai aktiviti seperti Hot Air Balloon, Retro Havoc, kutipan amal dari pertubuhan amal negara, penglibatan kumpulan muzik tempatan dan banyak lagi”, ujar Idi Iskandar ketika majlis pengenalan KL Bike Week 2019 semalam.

Antara tarikan utama Kuala Lumpur Bike Week 2019 yang berlangsung hujung minggu ini yang mampu dikecapi pengunjung ialah aktiviti Hot Air Balloon, pameran seni dari pelajar Master Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Retro Havoc, pameran kereta super car, kereta klasik dan banyak lagi.

Seperti biasa, KL Bike Week akan mempertandingkan motosikal kustom terbaik mengikut kategori seperti Best American Pro Street, Best American Custom Chopper, Best Japanese Custom Bike, Best Classic Bike, Best Superbike, Best Custom Bagger termasuk kategori baharu Best Café Racer, Best Street Cub, Best HD Stock Custom, Best Club Style, Best American Performance Bike dan Best Classic Bike Restore bakal menjadi tarikan pengunjung ke KL Bike Week edisi ke-10 ini.

Selain itu, sebanyak 30 band indie terkenal akan menghiburkan pengunjung selama dua hari di Bike Week 2019 manakala penampilan pelakon, pelawak, pengarah Afdlin Shauki bersama Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra bagi program Bantuan Musim Sejuk ke Syria menambahkan kelainan pada penganjuran kali ini.

Untuk rekod, Red Garage Enterprise memiliki keupayaan yang cukup sempurna menganjurkan acara sebegini seperti acara Bike Week atau Bike Festival. Samada di dalam mahupun di luar negara nama Red Garage Enterprise cukup gah untuk beberapa penganjuran seperti Burapa Pattaya Bike Week, Phuket Bike Week, Jogjakarta Kustom Fest dan banyak lagi menyerlahkan lagi penganjuran KL Bike Week 2019.

Bagi orang ramai yang ingin menyaksikan KL Bike Week 2019 di Bandar Malaysia, harga tiket dikenakan sebanyak RM15 bagi sehari atau RM20 bagi kemasukan selama dua hari berturut-turut.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

Poweroad, Menunggang Dengan Lebih Kuasa

Next Post

Ekspedisi merentas sempadan pertama Motorrad ke Khao Yai

Next Post

Ekspedisi merentas sempadan pertama Motorrad ke Khao Yai

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved