Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

KTNS RS3 250

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Baby GS…, itu yang terpacul dari mulut rakan bikers apabila melihat motosikal ini. Kaget juga mendengarkan gelaran tersebut. Namun, mesti ada sebab tertentu dan keistimewaan tersendiri pada motosikal ini. GS datangnya dari negara Eropah tetapi model motosikal yang tersergam di depan mata ini dari negara China. Bukankah jauh jarak antara kedua negara tersebut? Gelaran tersebut seakan melekat dan segera meniti di bibir-bibir bikers. Mengapa ia sinonim dengan motosikal GS?

Berpeluang menguji jentera KTNS, agak berbeza tetapi ia tergolong dalam kategori ‘Sports Touring’ yang berkuasa 250. Pertama kali memandang rupa bentuk motosikal KTNS RS3 250 ini buat hati terus terpikat. Jadi, tidak hairanlah kenapa ia mendapat gelaran Baby GS. Dengan besi Enjin Guard siap terpasang pada kiri dan kanan, disertakan pannier box yang siap terhidang pada kiri dan kanan serta top box menambahkan lagi keanggunan motosikal ini.

KTNS RS3 dikenali dengan pelbagai nama di beberapa negara. Di China, ia dipanggil ZONG SHEN 250. Di United Kingdom, mereka memanggilnya CYCLONE RX3 dan di negara kita ia dikenali sebagai KTN RS3. Mungkin ada sebab-sebab tersendiri sehingga dikenali dengan pelbagai nama. Motosikal seberat 175kg ini sememangnya menarik dan tampak segak dengan winshield yang sporty. Berbekalkan enjin 4 lejang dan sistem penyejukan enjin terkini atau dipanggil Watercooled. Menggunakan rantai dan pacuan dari transmisi 6 gear, motosikal sport tourer ini menambahkan lagi keyakinan untuk perjalanan yang jauh atau pun meredah off road.

Sudah menjadi tradisi mana-mana motosikal keluaran negara China boleh diperhatikan dari bentuk lampu depannya. Tak banyak beza walaupun berbeza jenama. Berdasarkan pengalaman menunggang motor lebih dari 20 tahun, jika handle bar dan juga pelana yang agak berlekuk di depan maka ia membantu kita dari segi keselesaan, menghilangkan stress serta memudahkan pengendalian terhadap motosikal tersebut. Pakej tersebut terdapat pada KTN RS3 250 ini. Sekali lagi saya istilahkan motosikal ini sebagai “duduk dalam motor” ayat yang sering kedengaran dari bikers di zaman 70an apabila diminta pandangan tentang motosikal.

Tunggang uji pertama sejauh 490km, dari Pekan Kapar, Klang menuju ke Kuala Terengganu. Saya memilih untuk menunggang di siang hari untuk menilai keberkesanan handle bar, seat serta suhu enjin motosikal semasa perjalanan jauh dalam cuaca panas terik. Perjalanan meredah LPT boleh dikatakan pilihan tepat. Ini kerana permukaan lebuhraya tersebut agak tidak stabil dan bergelombang. Suspension KTN RS3 ini ternyata mengasyikan sekali. Hentakan akibat dari gelombang jalanraya sedikit pun tidak meninggalkan kesan. Fork depan dan monoshock belakang menghidangkan henjutan dan ayunan yang cukup selesa.

Kawalan pada handle bar cukup mudah. Tiada sebarang gegaran di enjin walaupun pecutan sehingga 140km/j. Bagi saya bukan pecutan mahupun kelajuan yang diimpikan dari motosikal ini. Fizikal body serta karektor jentera ini sudah cukup mengambarkan tentang kegunaan dan hala tujunya. Perjalanan selama 2 jam tanpa henti cukup menguji keampuhan seat. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Memang selesa, baik tunggangan secara solo mahupun membawa pembonceng. Stress dan lenguh-lenguh mampu di atasi dengan keselesaan seat motosikal ini.

Ujian seterusnya ialah suhu ataupun kepanasan enjin setelah menunggang tanpa henti selama 2 jam. Nampaknya enjin KTN RS3 bersesuaian dengan keadaan suhu di negara kita. Walaupun dalam keadaan panas terik serta pecutan paling minima 110km/j. Namun suhu enjin tetap stabil dan tidak menunjukkan kepanasan melampau. Tidak hairanlah sebelum menunggang uji motosikal ini, saya dapati model KTN RS 3 sudah ramai yang memilikinya.

Sesuatu yang menakjubkan setelah sampai ke destinasi, saya hanya berbelanja untuk kos minyak sebanyak RM 38 sahaja. Jika sedemikian kos minyak yang ditanggung untuk perjalanan jauh, jelaslah ianya tidak membebankan seandainya motosikal ini digunakan untuk ulang alik kerja ataupun kegunaan harian. Seperti biasa dan merupakan rutin bagi saya setiap kali menunggang uji motosikal perjalanan di waktu malam satu kemestian. Motosikal yang berkategori Sport Touring keluaran negara China ini tidak jauh bezanya dengan jenama lain.
Kecerahan cahaya lampu baik ketika menggunakan lampu rendah atau lampu tinggi (High Beam) tidak perlu dipertikaikan. Kerisauan tidak akan menjelma di minda kita ketika menunggang di waktu malam walaupun terpaksa meredah hujan. Keyakinan begitu tinggi dengan lampu hadapan “AntiFog dan berbentuk Fish Eye”. Jika kita perhatikan betul-betul lampu hadapannya, teringat kepada filem Transformer. Suatu padanan yang cukup berkesan dizahirkan oleh jurutera pereka motosikal ini.

Dengan torque 22.5Nm, motosikal ini dilengkapi sistem brake yang menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang. Servis dan juga alat gantian boleh didapati di Mforce Bike Holding Sdn Bhd yang mana telah dinobatkan sebagai pusat servis dan pembekal alat ganti yang bertauliah. Tidak timbul sebarang masalah andai kata berminat memiliki motosikal ini. Barang gantian dan pusat servis sentiasa memberikan khidmat nasihat serta membantu kita tentang penjagaan motosikal ini.

Hasil ujian cukup fantastik. Ini kerana pelbagai keperluan asas sudah tersedia pada motosikal ini. Pannier Box, enjin Guard, Wind Shield, penjimatan minyak serta tidak membebankan untuk menggunakan sama ada di bandar atau pun perjalanan jauh. Tiada keraguan andainya berdepan dengan jalan off road kerana dwi-fungsi secara manual terdapat di motorsikal ini. Tidak perlu berbelanja lebih untuk menambah aksesori demi menempuh jalan off road. Tidak menyesal memilikinya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 28

Previous Post

Morbidelli Sambung Kontrak Dengan Petronas Yamaha SRT

Next Post

BMWMCM Utara Ride Syawal & Makan Durian Yang Pertama Selepas PKPB

Next Post

BMWMCM Utara Ride Syawal & Makan Durian Yang Pertama Selepas PKPB

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved