Kelab Komuniti CRS PERAK telah menganjurkan Konvoi Muhibbah Ke Ban Pecah pada 14 Mac 2021. Seramai 50 motorsikal yang menyertai konvoi pada kali ini. Konvoi ini di Ketuai oleh Presiden CRS Perak, saudara Zam dan dibantu oleh Timbalan CRS iaitu saudara Jay.
Sebelum memulakan perjalanan, semua ahli konvoi di berikan taklimat mengenai SOP, langkah-langkah keselamatan dan di akhiri dengan bacaan doa oleh saudara Enalz. Konvoi bergerak pada jam 10 pagi menuju ke Kg Kota Lama Kiri, di Kuala Kangsar untuk makan tengahari di Restoran Talam. Restoran ini menyajikan menu masakan ala-ala kampung yang sungguh sedap dihidangkan dalam talam dengan harga yang berpatutan.
Selepas selesai makan tengahari, konvoi kami meneruskan perjalanan ke Kg Sumpitan untuk menunaikan Solat Fardhu Zohor di Masjid Kg Sumpitan. Selesai menunaikan solat, konvoi bergerak ke laluan Sumpitan – Kuala Kurau sambil menikmati suasana alam semulajadi yang sungguh indah di sepanjang laluan berliku itu.
Konvoi berhenti sekejap di Kg Bukit Merah untuk menunaikan Solat Asar di Masjid dan meluangkan masa sekejap untuk bergambar di tepi Tasek Bukit Merah. Perjalanan Konvoi diteruskan ke Parit 30 Ban Pecah untuk menikmati Sajian Mee Udang yang terdapat di Warung berhampiran jeti Ban Pecah.
Selesai menikmati makanan di Parit 30, Konvoi mengambil sedikit masa untuk sesi bergambar di papan mercu tanda yang terdapat di Ban Pecah sebelum bertolak pulang ke Ipoh pada jam 7.20 malam. Konvoi berhenti sekejap di kawasan rehat Bukit Gantang untuk mengisi minyak dan menunaikan solat sebelum bertolak pulang.
Perkongsian : Zam CRS