Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Weekend Ride Northern ADV150 Owners Group & Friends

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-03-24
in BULETIN, UTAMA
0

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan aktiviti merentas negeri masih belum dibenarkan, Kelab Motosikal Honda ADV150 Utara telah mengadakan aktiviti menjelajah sempadan negeri Pulau Pinang. Baharu sahaja ditubuhkan pada bulan Februari lalu, ini merupakan aktiviti pertama dan melibatkan Seberang Perai Utara bersama Kelab Northern Versys Owners Group (NVOG Supercup Crew) sebagai marshal.

Konvoi bermula dari Hentian R&R Sama Gagah arah Utara dimana para peserta berkumpul sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Penaga. Para peserta menyelusuri Jalan Permatang Baru di mana kawasan Panorama Sawah Padi Sungai Dua luas terbentang sebelum ke Jalan Permatang Bogak untuk ke Pekan Penaga melalui Jalan Permatang Rambai. Destinasi pertama adalah ke Pasar Bisik Kuala Muda dimana sempadan Negeri Pulau Pinang – Kedah dipisahkan dengan Sungai Muda.

Setelah berhenti seketika untuk berehat dan bergambar, para peserta meneruskan perjalanan ke Pit Stop P100 Penaga dimana Cafe yang berkonsepkan tempat persinggahan untuk “Travelers” disamping meneroka sejarah lama dan tempat menarik yang berada sekitar kawasan Penaga dan Kuala Muda. Kemudian, berehat seketika sambil pekena Cendol dan Leng Chi Kang untuk membasahkan tekak memandangkan cuaca agak panas. Setelah bergambar dan beramah mesra dengan pengusaha Pit Stop, para peserta meneruskan perjalan menyusuri Sungai Muda dengan meniti jalan yang tidak diturap (Offroad) jalan bendang dan tanah merah di atas ban sawah sehingga ke Sempadan Jambatan Merdeka yang terletak di kawasan Bumbung Lima, Kepala Batas.

Perjalanan diteruskan melalui bawah jambatan Merdeka untuk ke Pantai Kamloom terletak dalam daerah Kepala Batas Pulau Pinang di mana kawasan pantai yang terdapat di persisiran Sungai Muda berhampiran kampung Kamloom. Pantai tersebut dalam bahasa mudah bukan bermaksud ‘pantai laut’, tetapi ‘pantai sungai’ yang terletak di persisiran Sungai Muda yang menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Pulau Pinang. Pada masa dahulu, persisiran Sungai Muda di kawasan kampung tersebut dipercayai mempunyai kawasan pantai sungai berpasir putih yang sangat luas.

Keluasannya adalah kira-kira sepanjang 300 meter di tebing Sungai Muda kini menjadi kawasan tarikan kepada orang ramai untuk beriadah. Tiada jalan tar yang menghubungkan kawasan tersebut jadi konvoi menggunakan jalan tanah merah yang berdebu sepanjang perjalanan untuk sampai ke situ. Panorama pantai Kamloom amat memukau dengan keadaan muka buminya yang unik membuatkan para peserta semua berasa teruja dan dengan jentera ADV150 yang tidak menghampakan dengan bentuk jalan yang tidak bertar (Offroad) membuatkan semua berasa amat selesa menunggang motosikal Honda ADV150 dan amat sesuai dengan ciri-ciri Adventure Scooternya.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Landasan Keretapi Lama melalui Lahar Tiang dan para peserta dapat melihat beberapa Kolam Pokok Teratai yang terdapat di situ sebelum sampai di Landasan Keretapi Lama Sungai Muda melalui Kampung Pinang Tunggal Tepi Sungai. Jambatan keretapi lama ini dahulunya menghubungkan Pinang Tunggal (kedah) dan Kepala Batas (Pulai Pinang) dan kini tidak digunakan lagi kerana pihak KTMB telah membina jambatan Konkrik yang baru dan Jambatan ini tidak dirobohkan dan mejadi daya tarikan pelancongan bagi yang datang untuk bergambar untuk sesi foto majlis perkahwinan. Setelah puas bergambar, para peserta bergerak ke destinasi terakhir iaitu satu tempat bersejarah yang jarang orang tahu iautu Batu Sempadan British Siam.

Terletak di Kampung Paya Sementol, Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara. Monumen Batu Sempadan British Siam ini telah dibaik pulih dan dijaga sebagai satu warisan negara oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Berdasarkan semakan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam sekitar tahun 1831 iaitu pada zaman penaklukan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Malaya. Pembinaan batu sempadan ini juga bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang ditakluki British. Para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar dan merakam kenangan di sini sebelum bertolak pulang kedestinasi masing-masing.

Ride hujung minggu kali ini benar-benar menguji keupayaan jentera ADV150 yang ditunggang menggunakan jalan Off-road sepanjang 20KM menyusuri Sungai Muda. Presiden Northern ADV150 Owners Group Puan Ayu berkata akan ada lebih banyak ride seperti ini di masa hadapan apabila ramai yang telah memiliki jentera ini dan jarak perjalanan akan diperluaskan setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat dan kebenaran merentas negeri dibenarkan nanti. Jutaan terima kasih kepada semua peserta NADV150 bersama NVOG Supercup crew yang menjadi marshal dalam Weekend Ride kali ini.

Perkongsian : Fazrul NVOG

Previous Post

Konvoi Muhibbah CRS Perak Ke Ban Pecah

Next Post

Kuasa Dengan Gaya Baharu RS200

Next Post

Kuasa Dengan Gaya Baharu RS200

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved