Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

King of Teluk Bahang Dari Motosikal Lumba ke Jentera Modifikasi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-01-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bercerita mengenai modifikasi motosikal di Malaysia, jentera Yamaha LC135 antara jenama yang kerap dan banyak diubah suai kepada konsep Autoshow atau lebih mesra dengan ciapan modifikasi. Pelbagai ragam, reka bentuk dan gaya ditampilkan oleh pemilik motosikal itu sendiri malah ada diantaranya dikacukkan dengan pelbagai komponen daripada jenama motosikal lain dan hasilnya jelas sungguh memukau.

Pilihan Road Star kali ini menampilkan sebuah jentera milik Izuan Ismail, 29 tahun dari Pulau Mutiara yang tidak asing dalam dunia autoshow motosikal. Pelbagai kejayaan yang diraih oleh anak jati Teluk Bahang ini sehingga Yamaha LC135 telah meraih pelbagai gelaran atas kreativitinya dan sokongan rakan-rakan. Pemandu bot pelancong di Teluk Bahang yang lebih dikenali dengan panggilan Iwan Black, beranggapan ajakan dan saranan kawan-kawan menjadikan hobinya itu suatu ketika dahulu menjadi serius hingga hari ini.

“Segalanya bermula dari idea kekawan. Ia ditambah minat saya terhadap dunia pemotoran sejak usia remaja lagi. Seawal usia 16 tahun, saya mula terbabit dalam dunia aktiviti lumba motosikal sama seperti pembabitan remaja lain yang begitu taksub terhadap motosikal mereka.”

“Namun takdir mengubah hidup saya. Gara-gara kecelakaan jalan raya satu masa dulu menyebabkan saya kehilangan keupayaan untuk menggunakan tangan kanan hingga sekarang. Bermula dari situ, saya mula beralih ke arah hobi baharu modifikasi ini,” ujar Iwan Black yang tidak segan menceritakan kisah dan pengalaman diawal pembabitannya terhadap modifikasi motosikal Yamaha LC135 sehingga hari ini.

2017 merupakan tahun bermula titik tolak permulaan hobi Iwan Black. Bermula dari ajakan rakan-rakan menyertai satu pertandingan autoshow, terus minat itu melekat sehingga kreativiti dan ilham cetusan idea miliknya banyak menggondol pelbagai gelaran.

“Pada mulanya saya menyertai sekadar suka-suka dan hanya menyandarkan nasib tetapi setelah mendapat keyakinan dengan memenangi beberapa anugerah, dunia autoshow mula menarik minat dan begitulah saya terus bergiat secara aktif sehinggalah sekarang.

“Kerana minat dan hobi serta sokongan rakan, Yamaha LC135 saya juga telah banyak bertukar ‘rupa’ menjadi pelbagai bentuk sehingga apa yang dilihat sekarang ini,” ujar Iwan lebih lanjut lagi.

Tidaklah sehebat pemilik motosikal yang berduit, Iwan menyifatkan penjelmaan semula LC135 menjadi ‘sesuatu yang asing’ serta sekadar menyandarkan kreativiti dan idea bersama rakan-rakan, menyebabkan jentera ini semakin dikenali ramai.

Yamaha LC135 versi pertama 2007 milik Iwan Black, sememangnya jauh berbeza apabila dikenakan ia dengan coverset Y15ZR custom made yang direka oleh Ali Design (Sungai Petani) dengan tangki bahan api menggunakan FZ150i juga custom make bagi model 2018.

Menariknya coverset ini mengguna semburan warna dari syarikat KF Airbrush yang berpangkalan di Kulim, menyerlahkan lagi ketrampilan jentera ini dengan corak Yamaha MotoGP Movistar. Selain itu, sudut pemanduan jentera juga dinaik taraf apabila Iwan menukar dan menggunakan bar hendal Yamaha FZ150i yang dibuat secara custom.

Digelar oleh rakan-rakan dan peminat tempatan sekitar Teluk Bahang sebagai King of Teluk Bahang, Iwan bijak untuk memperagakan jenteranya untuk menjadi lebih garang dengan penambahan swing arm Honda CBR 500RR menjadikan jentera ini seolah-olah gaya superbike.

Seterusnya, kuasa hentian jentera LC135 Yamaha Movistar ini menggunakan kaliper brek depan dan belakang jenis nissin CBR500RR dan dipadankan dengan brek cakera Racing Boy di bahagian belakang manakala di bahagian depan dikenakan dengan pum brake Brembo.

Turut menyerlahkan gaya jentera ini apabila ia menggunakan ekzos custom Sakura dari Indonesia sambil henjutan Ohlins di bahagian suspensi belakang. Manakala di bahagian depan dipadankan dengan foks Honda CBR500RR.

Tampak menyerlah dan menjadikan jentera LC135 versi 2007 lain daripada lain ialah apabila ia dikenakan rim sport CBR500RR dan dipasang pada kedua-dua tayar Bettalax (Brigestone) dan Dunlop.

Menurut Iwan, jentera LC135 Movistar ini kerap kali mendapat perhatian juri sehingga ia meraih beberapa pertandingan sepanjang dua tahun lalu. Begitupun ketika ditanya mengenai kos, pemilik ini sekadar menegaskan ianya melebihi jangkauan bagi sebuah jentera kecil seperti ini.

“Kosnya memang agak tinggi. Namun atas minat, saya sekadar membuatnya secara berperingkat-peringkat sehingga ia kekal sehingga hari ini,” ujar Iwan mengakhiri perbualan telefon baru-baru ini.

Anugerah Dimenangi
Tahun 2017
*Mutiara 218 (Merdeka Autoshow)
Best Airbrush 4th
Best Spray Car
*Santai Anak Muda 1.0
Yamaha LC 135 Champion
Custom Streetcub Runner up
*Motorshow RTC Gopeng
Best 135 LC Airbrush
Fame of Wheel 2th

Tahun 2018
*Motoshow Competition, Penang Motorshow Entrepreneurship
3rd Runner up ( 4t Standart Modified, 1-4)

Tahun 2019
*Festival Y150ZR, Miotown Perda Kubang Menerong
1st Runner up (Airbrush open)
*Champion (Custom Extreme Open)
*Semarak Community Carnival Motorshow, Arena Square Taman Samudera,
Seri Manjung, Perak
*Johan (Kapcai Tercantik Open)
*Best of The Best Taiping Motorshow
*Best of The Best
Naib Johan (open Tercantik)
Motorshow Gegor Manjung Bike Week, Marina Island Pangkor
*Best of The Best
King of Extreme (Pilihan Juri)
Johan (Custom Open Tercantik)

Previous Post

Ride 4 Mountain, Berjaya Menakluk 4 Gunung

Next Post

CMI Racing, Pilihan Berbaloi Motosikal Anda

Next Post

CMI Racing, Pilihan Berbaloi Motosikal Anda

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved