Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan “Kempen Servis Prihatin MODENAS” dan menyeru kepada semua pemilik motosikal MODENAS yang telah mengalami kerosakan akibat banjir kilat baru-baru ini di negeri Selangor dan Pahang.
Dengan kempen tersebut, MODENAS bersedia menyediakan perkhidmatan kepada pemilik untuk membaiki motosikal mereka supaya dapat berfungsi seperti sediakala. Kempen akan bermula pada 23 Disember hingga 31 Disember 2021 di Pusat Servis MODENAS terpilih seperti di bawah:
PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)
Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 04-4668160
PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)
Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 09-5123380 /044668199
Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di bawah “Kempen Servis Prihatin” :
Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa (tanpa “overhaul”)
Pemeriksaan Percuma
Pembersihan motosikal percuma
Diskaun sehingga 25% untuk alat ganti
Diskaun sehingga 15% untuk alat ganti skuter
Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk pembaikan yang melibatkan “overhaul”.
Untuk maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis MODENAS yang sah atau menghubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019 – 570 8135.