Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ketahui Apa Yang Perlu Diutamakan Dan Apa Yang Patut Ditinggalkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-08-06
in BULETIN, UTAMA
0

Bukan sekali dua tetapi acapkali penunggang motosikal diingatkan tentang terma ATGATT untuk All The Gear, All The Time (Pakai Gear Keselamatan Sepanjang Masa) tetapi masih lagi ramai yang acuh tak acuh. Sikap sambil lewa ini akhirnya akan mengundang bahaya ke atas diri sendiri. Kalau bukan hari ini, esok atau lusa pasti akan terjadi.

Kalau dilihat keadaan di atas jalan raya, pasti anda akan berjumpa dengan beberapa penunggang motosikal yang tidak memakai gear perlindungan atau topi keledar yang bersesuaian. Malah, ada yang memakai pakaian yang langsung tidak sesuai dipakai ketika menunggang motosikal. Golongan ini sepatutnya mendapat surat amaran dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana memakai pakaian yang sama di tempat kerja.

Berikut beberapa item atau perkara yang tidak patut dipakai ketika menunggang motosikal;

1. Selipar/Crocs
Kalau kaki tersepak bucu katil pun rasa sakitnya tak boleh tahan, bagaimana pula rasanya kaki bergesel dengan aspal pada kelajuan 20km/j? Atau terkena batu yang terpelanting akibat dilanggar kereta di depan? Kalau tak pun, kaki langgar sesuatu di tepi jalan ketika menunggang? Kecederaan yang bakal dialami, memang menyakitkan.

2. Kasut gym/Kasut tenis/kasut jogging/Sneaker
Ini antara kasut yang menjadi kegemaran kerana selesa dipakai samada ketika berjalan atau menunggang. Sebenarnya, kasut-kasut ini hanya memberi sedikit perlindungan di bahagian tapak kaki. Bagaimanapun, ia masih terlalu lembut untuk digunakan ketika menunggang motosikal. Tambahan pula, tiada perlindungan di bahagian atas kaki. Penulis sendiri pernah mengalami kecederaan akibat dilanggar kereta dari bahagian tepi. Kecederaan tersebut menyebabkan kaki terjuntai seperti dahan mati dari pokok. Walaupun telah dicantumkan semula tetapi dengan pergerakkan yang terhad.

3. Skirt/Seluar Pendek
Pemakaian mana-mana seluar jeans memang tidak sesuai, apatah lagi yang mendedahkan bahagian kulit? Kaki terdedah kepada bahagian ekzos, debu-debu jalanan dan dalam masa yang sama. Bahagian peha pula terpaksa bertahan dengan kepanasan enjin. Ya, semua mempunyai sepasang kaki yang cantik. Silap-silap, takut nanti kaki yang cantik melecur atau cedera kerana kemalangan. Bukan niat nak menakutkan tetapi ia adalah fakta. Bukan?

4. Kemeja-t/baju tanpa lengan/Tank top
Jika anda memakai pakaian ini, pastikan anda turut memakai jaket untuk melindungi bahagian yang terdedah. Sekiranya terjatuh, tidaklah rasa sakit atau alami kecederaan yang teruk kalau bergesel dengan aspal.

5. Pakaian Serba Hitam
Tidak dinafikan hitam memang nampak lebih bergaya dan ramai menyukai warna ini ketika menunggang motosikal. Namun, berpakaian hitam atau gelap menyukarkan pengguna jalan raya lain melihat anda. Pakai sesuatu yang lebih terang agar dapat dilihat oleh orang lain.

6. Topi Keledar Yang Diubahsuai
Kebanyakan topi keledar telah menjalani beberapa kajian dan dibangunkan untuk memberi perlindungan terbaik. Topi keledar yang telah diubahsuai ada kalanya membelakangkan tentang keselamatan pemakai. Cuba ambil satu topi keledar dengan karakter kartun dan dilihat samada ia mempunyai label peraturan. Kalau ada label, lazimnya ia tidak dibuat untuk kegunaan di atas jalan raya.

Previous Post

Kesinambungan Dari Xtreme 150i Yang Dilancarkan Julai Lalu

Next Post

Allianz General Menawarkan Perlindungan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) Yang Dipertingkatkan

Next Post

Allianz General Menawarkan Perlindungan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) Yang Dipertingkatkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved