Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kerja Restorasi Dilakukan Lebih 10 Tahun Lepas, Tetap Gagah Dan Dalam Keadaan Baik!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-09-07
in BULETIN, UTAMA
0

Model terbaharu adventure-tourer dari Harley-Davidson menjadi tajuk-tajuk berita di seluruh dunia kerana kecanggihan tekonologi yang didatangkan bersamanya sekaligus ia juga menunjukkan betapa jenama ini maju dengan pesat sejak penubuhannya. Bila bercakap tentang yang baharu, pastinya yang lama jangan dilupakan.

Apa yang anda lihat sekarang ini seakan kapsul masa, di mana pemiliknya mengambil masa selama 10 tahun untuk membaikpulih motor Harley-Davidson ini. Beliau mula memiliki motor ini di awal tahun 2000 dan selesai dengan kerja-kerja restorasi sekitar 2010.

Pemiliknya telah melakukan sesuatu ke atas enjin V-Twin F-head 989cc ini dan ia menghasilkan 9hp, yang mana boleh dikatakan cukup cemerlang pada zamannya. Ia juga dilengkapi dengan karburator Schebler DeLuxe dengan sistem ekzos Pipes O’ Pan. Manakala enjinnya telah dibina semula pada tahun 2004.

Bukan tidak ada tetapi jarang untuk kita bertemu dengan motosikal vintaj yang masih lagi dalam keadaan yang cukup baik. Memandangan lebih sepuluh tahun sejak kali terakhir ianya direstorasi dan ia kelihatan baik terutamanya dari segi penampilannya.

Keseluruhan badannya dijaga dengan baik, rimnya pula bersaiz 18-inci dan diwarnakan hitam dibaluti dengan tayar Coker yang dipasangkan pada tahun 2000. Ya, sangat lama dahulu tetapi jejarinya masih kelihatan baru kerana ia digantikan pada tahun ini. Sistem breknya dikuasakan oleh sepasang dram di kedua-dua bahagian. Kerja-kerja peredaman diserahkan kepada fork depan yang dipadankan bersama kerangka belakang. Bagi memastikan penunggangnya selesa, pelananya didatangkan dengan spring.

Bagi sebuah motosikal dari era 1930an, ia dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan yang jauh berbeza berbanding dengan kawalan moden yang ditawarkan pada hari ini. Apa-apa pun, ia sebenarnya sudah layak dijadikan penghuni di dalam muzium agar generasi-generasi masa hadapan dapat menghargai khazanah yang pernah dihasilkan oleh Harley-Davidson.

Sumber : Rideapart

Previous Post

Kebanyakannya Kelihatan Remeh Tetapi Tetap Membahayakan Dan Boleh Mengundang Maut

Next Post

Dilengkapi ABS 2 Channel, Ditawarkan Pada Harga RM12,499

Next Post

Dilengkapi ABS 2 Channel, Ditawarkan Pada Harga RM12,499

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved