Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Izzuan KKMG

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pertama kali saya mendengar kelab Motosikal Kepala Kuasa Moto Group (KKMG) pada tahun lepas. Bunyinya sangat kemelayuan dan kalau anda biasa dengan kelab motor, jarang yang menggunakan nama rasmi dalam Bahasa Melayu. Saya sendiri cukup tertarik bila pertama kali bertemu dengan kelab ini pada pameran Wilayah International Motofest (WIM) yang lalu.

Kelab ini khusus terdiri dari motosikal Harley Davidson. Beberapa bulan selepas itu, kami di Roadstar berpeluang mengenali dengan lebih dekat individu di sebalik kejayaan pameran motosikal terbesar negara. Orangnya jelas berbeza dari apa yang saya jangkakan. Ahli perniagaan muda berusia 38 tahun ini jelas mempunyai visi yang tersendiri.

Izzuan Bahari merupakan pengasas KKMG. Lebih dikenali dengan panggilan Wan, orangnya bila berbual memang merendah diri. Beliau jarang menonjol dalam scene motosikal mahupun custom tempatan tetapi mempunyai minat yang tinggi dengan dunia motosikal khususnya Harley Davidson.

Bapa kepada dua orang anak perempuan ini menjalani zaman remaja sama seperti kebanyakan kita. Minat motosikal berputik sejak dari bangku sekolah lagi di mana motor pertama yang dimilikinya ialah Yamaha SS 110.

Sedikit dewasa, beliau berjinak dengan motosikal lebih besar, Yamaha RX-Z dan mesin berkuasa tinggi pertama dimilikinya pada tahun 1997 ialah Yamaha Virago. Izzuan kemudiannya membeli sport touring pertama dan mula bergaul dengan kelompok motosikal berkuasa tinggi menerusi BMW R1200RT.

Namun jiwa easy rider beliau tetap tak dapat diketepikan. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan beliau akhirnya berkesempatan memiliki Harley Davidson pertamanya iaitu Sportster 48. Dari situ, beliau mula jatuh cinta dengan Harley, membeli VRod Nightroad dan motosikal biru ini adalah koleksi terbarunya Roadglide.

Anak jati kelahiran Perlis ini juga cukup beruntung kerana memiliki isteri yang berkongsi minat yang sama. Maya Omar, isterinya juga seorang bikers kental yang pernah menunggang sehingga ke Hat Yai, Thailand. Maya kini menunggang Nightrod yang sedah dicustomkan untuk memudahkan tunggangan.

Bagi Wan, Roadglide adalah kemuncak bagi mana-mana peminat Harley. Roadglide Project Rushmore ini telah menjalani pengubahsuaian yang sederhana. Ia menerima sentuhan custom oleh Eastern Bobber dan semburan warna oleh Azizi Spray. Motosikal ini dijaga dengan cukup baik dan penyelenggaraannya dibuat oleh Shift Garage dan Azfa Auto Azizi Apray

Banyak kenangan yang sukar dilupakan bila terlibat secara langsung dalam hobi bermotosikal. Kemalangan motosikal sewaktu masih di bangku sekolah adalah pengalaman paling berharga beliau yang tak dapat dilupakan.

Ditanya apakah kenangan yang paling manis sehingga ke hari ini beliau lantas menjawab, “KKMG”

“Kejayaan penubuhan kelab ini dua tahun lalu melibatkan usaha yang berterusan dari semua ahli, saya rasa, KKMG lebih kepada sebuah keluarga kerana kami sangat rapat antara satu sama lain,” ujar beliau.

Kepala Kuasa Motorcycles Group (KKMG)

Ini adalah kelab motosikal paling teratur pernah kami temui. Mereka mempunyai bangunan kelab sendiri, bengkel, rumah custom dan dalam perancangan untuk membina cafe dan bike spa. Ya, ia sebuah kelab yang serius!

Kelab ini ditubuh bagi membantu ahli berdaftar untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dengan memberi bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan modal, khidmat nasihat mahupun sokongan moral.

KKMG menyediakan satu platform kepada para ahli berdaftar bagi perkongsian maklumat dalam dunia perniagaan, mengembalikan kegemilangan kebudayaan negara melalui platform permotoran.

Ia bukan sekadar majlis lepak-lepak dan konvoi semata-mata, kelab ini menitikberatkan perkongsian hobi dan ilmu dalam industri permotoran. Selain itu, mereka juga aktif dalam aspek kebajikan seperti membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan golongan gelandangan.

Sejak ditubuhkan, banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya;

a) Program bantuan kemanusian mangsa banjir di Temerloh bersama Jemaah Bikers Bangi Community dalam pada 2015
b) Ogos 2015 Terlibat dalam mempromosikan Teater Mok Cun di Istana Budaya KL
c) 26/9/2015 KKMG Charity Nite bersama gelandangan sekitar KL
d) 30/8/2015 Konvoi Ambang Merdeka peringkat Kerajaan Negeri Perlis
e) 25/12/2015 Majlis Pelancaran KKMG di Marina Putrajaya
f) April 2016 KKMG Family Day di PD
g) July 2016 Majlis Sambutan Hari Raya KKMG di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi
h) 9/10/16 Promosi WIM 2017 di Kustomfest 2016 Yogyakarta
i) Menghadiri Perjumpaan Asia Afrika Bikers Conference 2016 di Bandung
j) 6/11/16 Majlis Pelancaran WIM 2017 di Dataran DBKL oleh Datuk Bandar KL
k) Jan 2017 WIM 2017 Northern Promotion Kedah/Perlis
l) 24-26/2/2016 Menjadi penganjur bersama dengan Kelab Sukan DBKL untuk penganjuran Wilayah International Motorfest (WIM 2016) di Dataran Merdeka KL
m) 7/5/17 KKMG Racing Team di Speed Demon, Pantai Bagan Lalang
n) 14-16/5/17 Advance Safety Riding bersama Polis Trafik ke Perlis
o) aktif menyertai bike week tempatan seperti KL Bike Week, Art of Speed, PD Bike Week, Sg Petani Bike Meet, Terengganu Bike Week, Manjong Bike Week dan juga bike week luar negara seperti Phuket Bike Week, Sadao Bike Week, Bandung Bike Week dan Burapa Bike Week disamping memberikan sokongan untuk bike week tempatan dan luar negara yang lain.

Bangunan kelab terletak di Wisma KKMG, 42, Jalan 9/7, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi. Ia merupakan pusat perkumpulan bagi membincangkan apa juga aktiviti serta tempat ahli bersantai sesama mereka.

Previous Post

Road Star #57

Next Post

Katana Masih Berbisa

Next Post

Katana Masih Berbisa

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved