Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Katana Masih Berbisa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kesetiaan bukan sekadar pada janji, bukan juga pada cinta sejati. Tetapi ianya jua merangkumi perasaan sayang, perasaan susah untuk mencari ganti, memiliki dan ia merupakan perasaan semulajadi. Adakah kesetiaan hanya diluahkan kepada makhluk bernyawa sahaja? Tidak layakkah kesetiaan terhadap minat itu menjadi sebahagian dari prinsip dalam kehidupan seharian? Mungkin tidak semua setuju dengan pendapat ini, tetapi hakikatnya seorang “otai” mendambakan kesetiaan tehadap minatnya. Roadstar berpeluang menyelami perasaan dan pengalaman otai yang masih aktif ini. Siapakah beliau?

Rekabentuk yang unik dan punyai nilai-nilai sentimental serta tidak luput dek zaman merupakan ciri-ciri yang membuatkan anak muda dari pantai timur ini tidak mampu lelapkan mata. Adakah ianya akan menjadi hak milik beliau atau sekadar angan-angan sahaja? Bertahun asyik melihat dan mendengar deruman enjin motosikal berkuasa tinggi melebihi 550cc, pernah ketika sedang memandu, 2 buah motosikal Kawasaki GPZ 900 dan Suzuki Katana telah memotong laju dengan penuh bergaya. Disaat itulah azamnya semakin kuat untuk memiliki jentera berkuasa yang serupa. Demikian imbauan silam yang masih segar diingatan dan tak lokek bagi seorang otai untuk berkongsi kisah bermula dari tahun 1988 hingga kini.

Hamdan Mustafa, masih bujang merupakan seorang Supervisor Syarikat Indah Water Cawangan Negeri Terengganu. Beliau merupakan antara anak muda yang terawal atau pelopor grup bikers berkuasa tinggi di Kuala Terengganu sejak 26 tahun lepas. Perwatakan sederhana dan berjiwa halus sudah semestinya tidak menampakkan secara fizikal beliau adalah seorang bikers. Malah, kepada yang tidak mengenali beliau sudah semestinya menyangka Hamdan adalah seorang pelukis. Bermula pada usia 18 tahun, setelah mendapat lesen, maka dunia permotoran telah menjadi hobi baru bagi beliau. Sepak takraw, satu sukan yang menjulang namanya hingga ke peringkat Kebangsaan tetapi ditinggalkan demi memenuhi minat serta hobi baru.

Mengungkit kisah silam tentang bila dan bagaimana terjebak dengan jentera “Katana”, beliau jujur mengatakan bahawa Katana bukanlah motor idaman ketika itu. Impian dan idaman utama beliau adalah Kawasaki GPZ 900 Injection. Pada tahun 1989, beliau ke Kuala Lumpur untuk menjual motor Yamaha RD 350 YPVS. Setelah selesai urusan jual beli motor tersebut, beliau terus mencari model impian Kawasaki GPZ 900 Injection. Hasrat beliau terpaksa dibatalkan apabila memikirkan tentang penalaan enjin serta alat ganti kerana waktu itu masih belum ada kedai motor yang mempunyai alat atau kepakaran menala serta servis enjin bagi motosikal yang menggunakan injection. Apatah lagi untuk mencari alat-alat ganti. Rata-rata motosikal berkuasa tinggi menggunakan karburetor di zaman tersebut. Kebanyakan barang gantian motosikal berkuasa tinggi pula hanya boleh didapati di Singapura.

Pencarian untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi berakhir apabila beliau terjumpa model motosikal yang pernah memotongnya ketika memandu, model Suzuki GS 750ES yang lebih dikenali dengan nama Katana. Bermodalkan RM 12k, motosikal tersebut telah menjadi miliknya. Model-model seperti Katana, GPZ dan Yamaha RD merupakan paling top di zaman itu. Siapa yang memilikinya dikategorikan hebat. Menurut Hamdan, selepas memiliki motosikal Katana terdapat 2 perkara baru. Pertamanya mendapat gelaran baru dari rakan-rakan dan kedua, harus mempelajari karektor dan kemahiran menunggang yang pastinya amat berbeza dari jentera dua roda yang pernah dimilikinya. Maka terjawablah soalan bagaimana nama Hamdan bertukar menjadi Mdan Katana. Satu nama yang cukup sinonim dengan diri dan jentera Retro kesayangannya hingga kini. Mdan Katana, nama yang cukup popular di Bandar Kuala Terengganu.

Mdan Katana yang sebelum ini pernah memiliki Yamaha RD 250 dan RD 350 YPVS mengakui Katana merupakan jentera yang mempunyai kelas tersendiri. Rekabentuk yang unik terutama kedudukan pelana tempat duduk dan juga handle barnya. Menurutnya, tiada lagi motosikal yang ada single meter di masa itu. Half Fairing serta wiser depan yang unik ciptaannya digabungkan sekaligus menampakkan kelainan dari model-model yang ada di zaman itu. Kalau diperhatikan, memang tepat kata-kata Mdan Katana tentang motosikal tersebut, mudguard depan Katana cukup membuktikan perbezaan yang ketara dan tiada terdapat pada model-model sezaman dengannya juga pada masa kini. Jurutera Suzuki pada masa itu boleh dikatakan berfikiran lebih maju ke hadapan. Buktinya model Katana dengan rekabentuk unik membuatkan motosikal ini masih dicari, dihargai dan dipuji bikers dulu dan kini meskipun usianya melebihi suku abad.

Hamdan masih mengekalkan keasliannya ,cuma 3 benda sahaja ditambah demi memantapkan lagi Katana tersebut. Damper yang masih menggunakan sistem lama, clip di fork depan. Fungsi utama damper tersebut adalah menstabilkan handle bar ketika mengambil selekoh. Absorber belakang serta terakhir ialah ekzos sudah semestinya dari jenama Kerker, satu jenama yang cukup lama berada di pasaran Malaysia. “Motor besar mestilah bunyi pun besar,” ujar Mdan Katana serius.

Suka duka, pahit manis sebagai seorang bikers tetap ada. Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan beliau apabila terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kes pertama kemalangan sewaktu menunggang Yamaha RD 350YPVS. Beliau hilang ingatan untuk sehari akibat insiden tersebut. Kes kedua pula, terjatuh bersama motor Katana semasa berkonvoi dan ia berlaku di Jemaluang, Johor. Menyentuh tentang dunia permotoran, menurut Mdan Katana, hobi ini dapat menghilangkan tekanan. Selain itu, melalui dunia permotoran juga kita dapat melihat tiada perbezaan pangkat dan darjat. Hubungan silaturahim terjalin tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau yang pernah menjelajah ke Thailand dengan Katana tersebut dapat merasakan perbezaan amat ketara baik dari segi sambutan, layanan dan nilai-nilai tersendiri. Selama ini bila menjelajah ke negara Thailand dengan menggunakan kereta, perasaan terasa begitu hambar. Jadi pada saya, penjelajahan dengan dua roda ini ke mana sekali pun adalah satu pengalaman yang berharga dan bukan semua insan mampu melakukannya.

Selain dari Katana, beliau turut memiliki motosikal Honda Afrika Twin 750. Sebuah model yang cukup digemari peminat overlander dan cukup terkenal di perlumbaan Paris-Dakar. Motosikal tersebut merupakan kenderaan utama bagi Mdan Katana untuk ke luar daerah demi tugasan yang diamanahkan. Beliau sangat beruntung kerana kedua-dua buah motosikalnya mendapat sentuhan dari mekanik yang cukup berpengalaman dan dikenali; Man Pomen dan Anuar. Menyentuh tentang dunia permotoran masa kini, menurut Mdan Katana, anak muda sekarang beruntung dengan pelbagai kemudahan pinjaman yang ditawarkan bank untuk membeli motosikal bernilai puluhan ribu ringgit. Ada yang mencecah setengah juta ringgit.

Pada hari ini juga begitu banyak sekolah memandu menyediakan motosikal berkuasa tinggi bagi kemudahan untuk mereka yang ingin mendapatkan lesen “B”. Zaman dulu cukup seksa, terpaksa pinjam motor kawan untuk ujian bagi dapatkan lesen “B”. Dengan adanya Litar lumba baik diperingkat Antarabangsa mahupun sederhana tarafnya, ia adalah satu petanda Sukan Permotoran berkembang maju di negara ini. Demikian luahan otai yang suatu ketika dulu begitu aktif dengan kelab Motor Terengganu (KMT) tetapi demi tugasan yang tidak menentu segalanya terpaksa dikorbankan demi sesuap nasi.

Mdan katana turut menasihatkan penunggang-penunggang baru agar lebih berhati-hati ketika menunggang. Displin diri, mengenali kemampuan diri serta penilaian keupayaan motosikal sendiri adalah aspek-aspek yang mesti ada demi keselamatan ketika menunggang. Harus diingat, jalanraya bukannya hanya untuk kita malah digunakan oleh pelbagai peringkat. Hormat-menghormati perlu ada. Mengakhiri pertemuan kami, Mdan Katana sambil berseloroh berkata, selagi enjin motosikal kedengaran ditelinga, selagi itulah minatnya pada motosikal tak akan terpadam. Syabas pada Mdan Katana di atas kesetiaaannya bersama Katana, sebuah model yang tak lapuk dek zaman, tak lekang dek hujan.

 

Previous Post

Izzuan KKMG

Next Post

YUSR1

Next Post

YUSR1

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved