Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Sulung Izzat Zaidi Musim Ini

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-06-12
in BULETIN, UTAMA
0

Perlumbaan akhir Pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya meraih kemenangan bagi kategori CP150.

Di sesi “Super Pole”, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah tampil dengan pencapaian yang hebat apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’15:740s. Di tempat kedua dan ketiga di petak grid adalah rakan-rakan sepasukannya iaitu Md Izzat Zaidi dan Md Akid Aziz dengan catatan masa 1’16:460s dan 1’16:507s masing-masing.

Dengan kelebihan yang dimilikinya, Afif tanpa melengahkan masa terus mara ke P1 dengan diikuti oleh Azroy di P2 and Izzat di P3 pada akhir lap pertama. Di lap kedua, Izzat berjaya memintas Afif untuk seketika sebelum kedudukan tersebut disambar balik oleh Afif di akhir lap 3. Di belakang mereka, Azroy cuba mengekalkan momentumnya tetapi persaingan yang sengit di antara pelumba tidak memberikan peluang untuk mempertahankan kedudukannya.

Di akhir lap kelima, Azroy berjaya ke P2 dan sempat memberikan tekanan kepada Afif. Dalam pada itu, Nazirul yang berada di P3 mula membuka langkah dan sebelum mengambil kedudukan P1 pada akhir lap tersebut. Berbaki empat lap, perlumbaan bertambah sengit di antara ketiga-tiga pelumba yang pada ketika itu mendahului kumpulan tersebut. Pelumba jentera jenis Honda, Azroy mula bertindak dan mengambil kedudukan P1 sebelum Afif dan Nazirul memintas di akhir lap 9.

Pelumba jentera jenis Yamaha pada ketika itu tampak agak agresif dalam mengekalkan kedudukan mereka. Berbaki satu lap, Akid yang bermain di kelompok belakang muncul ke hadapan untuk seketika sebelum berlakunya kemalangan di antara tiga orang pelumba. Pada ketika itu, Izzat berjaya mengambil alih kedudukan P1 diikuti oleh Nazirul di P2 and Akid di P3.

Izzat meningkatkan lagi kelajuan jenteranya sebelum menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pertama bagi musim ini pada 14’03:436s. Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya Md Akid Aziz dengan catatan masa 14’03:992s. Nazirul Izzat Md Bahauddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’03:994s.

Bagi kategori CP125, Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangannya di Litar Sepang Antarabangsa.

Di sesi “Shoot-Out” , Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’20:060s. Walaupun prestasi beliau tidak begitu hebat di sesi kelayakan, yang penting adalah kedudukan di grid yang akan memberikan beliau kelebihan semasa perlumbaan. Beliau diikuti oleh Md Shafiq Ezzariq dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 1’20:323s. Di tempat ketiga di petak grid adalah Md Amirul Ariff Musa dari pasukan SCK Honda Racing Team dengan catatan masa 1’20:486s.

Bermulanya perlumbaan, Syafiq Rosli tidak membuang masa apabila menuju ke arah kedudukan P1. Namun begitu, Syafiq Ezzariq tidak puas lalu membuka langkah untuk memintas di selekoh pertama. Di akhir lap ketiga, kedudukan Syafiq Ezzariq agak kukuh di P1. Di belakangnya, Fareez and Syafiq Rosli saling menukar ganti kedudukan. Pada akhir lap kelima, Arash membuka langkah dari P4 dan menggunakan kemahirannya untuk memintas Fareez dan Syafiq Rosli.

Pada ketika itu, Syafiq Ezzariq sudahpun jauh di hadapan. Berbaki dua lap lagi, Khairi Ashraf sempat ke P2 dan di P3, Syafiq Rosli cuba mengekalkan momentumnya. Dengan jurang sebanyak 1.480s, Syafiq Ezzariq nampak agak yakin di hadapan. Di lap terakhir, Syafiq Rosli berjaya ke P2 dan membuka jurang dengan pelumba di belakangnya manakala Adam Haikal berjaya ke P3.

Namun begitu, Syafiq Ezzariq dan Syafiq Rosli berjaya mempertahankan kedudukan mereka di P1 dan P2 tetapi Adam Haikal di pintas oleh Aliff Danial lalu berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Syafiq Ezzariq mencatatkan masa terpantas untuk kemenangan pertamanya bagi musim ini pada 11’00:312s. Di tempat kedua adalah Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 11’00:607s. Rakan sepasukan, Md Aliff Danial Md Asri menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 11’02:516s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Raiyan Khardanee Md Sanusi dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing telah menamatkan perlumbaan akhir pusingan keempat dengan nada positif apabila beliau menyambar kemenangan pertama di Litar Sepang Antarabangsa.

Sesi kelayakan yang berlangsung pada hari sebelumnya telah melihat pencapaian Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing di kedudukan pertama di grid. Beliau diikuti oleh Farres Putra dari pasukan V-Fiertech Wiramuda Racing di kedudukan kedua dan Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di kedudukan ketiga.

Pada perlumbaan akhir, Raiyan yang berada di kedudukan keempat di grid mengambil kesempatan untuk memintas Iqram dan mengambil kedudukan P1 dengan Farres di P2 and Iqram di P3. Pada akhir lap ketiga, ketiga-tiga pelumba ini kelihatan agak kukuh di hadapan dengan jurang yang agak besar dengan pelumba-pelumba di kelompok belakang. Empat lap kemudian, Raiyan masih mempertahankan kedudukan di P1 walaupun Iqram mula membuka langkah dari belakang.

Untuk seketika, Iqram berjaya ke P2 tetapi di akhir lap kelima, Farres berjaya memintas. Berbaki dua lap, Farres dan Iqram mula menggunakan strategi “slip-streaming” untuk memintas Raiyan tetapi hanya Farres berjaya. Dengan satu lap lagi, ketiga-tiga pelumba ini tekad untuk memenangi perlumbaan. Di selekoh terakhir, Iqram berjaya mengambil kedudukan P1 tetapi Farres and Raiyan tidak mahu mengalah. Di saat-saat terakhir sebelum ke garisan penamat, Raiyan yang memang cekap memintas kedua-dua pelumba di hadapan.

Dengan itu, Raiyan menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pertamanya bagi musim ini pada 9’54:320s. Tempat kedua di ambil oleh Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 9:54.499s. Tempat ketiga pula menjadi milik Farres Putra Md Fadhil, V- Fiertech Wiramuda Racing pada 9:54.503s.

Previous Post

Dianjurkan Buat Kali Ke-8, Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Undangan!

Next Post

Ester Series, Tingkatkan Prestasi Dan Melindungi Motosikal

Next Post

Ester Series, Tingkatkan Prestasi Dan Melindungi Motosikal

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved