Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Di GP Teruel Jadi Pembakar Semangat

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-26
in BULETIN, UTAMA
0

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Franco Morbidelli kembali berharap untuk merebut gelaran juara dunia Moto Grand Prix (MotoGP) selepas meraih kemenangan keduanya musim ini pada GP Teruel di Litar Aragon, Sepanyol hari ini.

Pelumba Itali berusia 25 tahun itu yang bermula di barisan hadapan petak mula, menguasai perlumbaan selepas pelumba Jepun Takaaki Nakagami daripada LCR Honda Idemitsu terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan, sebelum Morbidelli berjaya meraih kemenangan kedua selepas GP San Marino pada September, dengan catatan masa 41 minit 47.652 saat.

Pelumba Team Suzuki Ecstar – Alex Rins dan Joan Mir dari Sepanyol, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga selepas merekodkan masa 2.205 saat dan 5.376 saat. Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo berada di tempat kelapan dengan masa 42:20.372 saat dalam perlumbaan 23 pusingan itu.

“Saya rasa hebat di luar sana, perasaan dengan motosikal juga sangat mengagumkan. Kami mengambil risiko sedikit dengan pilihan tayar kerana kami tahu kami harus lakukan sesuatu (selepas keputusan buruk pada GP Aragon minggu lepas),” kata Morbidelli selepas perlumbaan.

Kemenangan hari ini membolehkan Morbidelli melonjak dua anak tangga ke tempat keempat dalam kedudukan Kejohanan Dunia MotoGP dengan 112 mata. Mir dan Quartararo mengekalkan kedudukan mereka di dua tempat teratas dengan 137 dan 123 mata, diikuti pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dari Sepanyol di tempat ketiga (118 mata).

Dalam kategori Moto2, pelumba Petronas Sprinta Racing – Jake Dixon dari Great Britain dan Xavi Vierge dari Sepanyol, berada di tempat ketujuh dan ke-12 selepas masing-masing mencatatkan masa 39:44.500 saat dan 39:53.851 saat.

Pelumba British Sam Lowes daripada EG 0.0 Marc VDS, meraih kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas merekodkan 39:27.645 saat, diikuti dua pelumba Itali – Fabio Di Giannantonio daripada Lightech Speed Up dan Enea Bastianini daripada Italtrans Racing Team yang berada di belakang dengan masa 8.425 saat dan 10.871 saat dalam perlumbaan 21 pusingan itu.

Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah daripada Aspar Team Moto2 meraih tempat ke-13 daripada 23 pelumba dengan masa 39:53.962 saat manakala seorang lagi pelumba negara Kasma Daniel Kasmayudin daripada OneXoX TKKR SAG Team, gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan di pusingan permulaan dengan dua pelumba – Tetsuta Nagashima daripada Red Bull KTM Ajo dan pelumba Switzerland Thomas Luthi daripada Liqui Moly Intact GP.

Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Racing Moto3 – John McPhee dari Scotland dan pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan ke-27 dengan catatan masa 37:44.974 saat dan 38:17.401 saat.

Pelumba Sepanyol, Jaume Masia daripada Leopard Racing memperoleh kemenangan berturut-turut di litar sama selepas GP Aragon minggu lepas, dengan rekod masa 37:44.602 saat. Dua pelumba Jepun – Ayumu Sasaki daripada Red Bull KTM Tech 3 dan Kaito Toba daripada Red Bull KTM Ajo pula berada di tempat kedua dan ketiga selepas masing-masing ketinggalan 0.051 saat dan 0.152 saat.

Kejohanan Dunia MotoGP akan disambung semula dengan perlumbaan GP Eropah (6 hingga 8 Nov) dan GP Valencia (13 hingga 15 Nov) di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol. — BERNAMA

 

Previous Post

Ditahan Dalam Perjalanan Menghantar Motor Kepada Pembeli

Next Post

Tidak Memperoleh Sebarang Mata Di GP Teruel

Next Post

Tidak Memperoleh Sebarang Mata Di GP Teruel

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved