Seorang remaja berusia 14 tahun dari Muang telah ditangkap bersama motosikal yang dicuri. Pihak polis mendakwa, remaja berkenaan adalah salah seorang ahli geng curi motosikal. Remaja tersebut dikatakan menunggang motosikal tanpa plat pendaftaran sebelum ditahan pihak berkuasa.
Menurut remaja tersebut, motor itu dicuri dari sebuah perkampungan di Ban Pet. Motor itu juga telah dicat semula dan dalam perjalanan untuk dihantar kepada seorang pembeli yang sudah pun membayar sebanyak 4,000 baht.
Menerusi siasatan, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah dan mendapati, banyak motosikal curi yang telah pun dileraikan. Pemilik rumah itu, Mon, dipercayai telah melarikan diri sebelum pihak berkuasa datang. Menurut Ketua Polis, Pol Col Prawit Thoha, remaja tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di mana beberapa lagi nama ahli telah didedahkan.