Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Berturut-turut Fabio Quartararo

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-27
in BULETIN, UTAMA
0

Kemenangan Berturut-turut Fabio Quartararo

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo meneruskan aksi cemerlang dan mencapai penyudah podium keduanya di Grand Prix (GP) Andalusia di Litar Jerez, Sepanyol hari ini. Pelumba Perancis berusia 21 tahun yang memenangi perlumbaan sulungnya di GP Sepanyol di atas litar yang sama, hujung minggu lepas, memperoleh kemenangan kedua perlumbaan MotoGPnya dengan masa 41 minit 22.666 saat (s) dalam perlumbaan sebanyak 25 pusingan itu.

Kedua-dua pelumba Monster Energy Yamaha — Maverick Vinales dari Sepanyol dan Valentino Rossi dari Itali masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas ketinggalan 4.495s dan 5.546s di belakang Quartararo dalam cuaca panas terik sehingga 38 darjah Celcius, di litar itu.

Bagaimanapun rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli yang bermula dari petak kesembilan gagal menamatkan perlumbaan dengan perlumbaan berbaki sembilan pusingan akibat masalah jentera.

“Ia adalah perlumbaan yang amat mencabar. Amat sukar untuk mendapatkan rentak yang baik (pada permulaan perlumbaan) kerana keadaan cuaca panas tetapi yang paling penting ialah membawa pulang lagi kemenangan,” menurut Quatararo pada sidang akhbar pasca perlumbaan.

“Saya mempunyai dua rancangan, rancangan terbaik ialah Pelan A dan kedua ialah untuk membuat permulaan yang baik.

“Pertama saya cuba untuk mendapatkan jarak yang besar dan kedua ialah berlumba dengan tenang tetapi pelan A berjalan lancar tetapi akhirnya saya mendapat rentak yang baik. Saya berterima kasih kepada Yamaha, keluarga dan rakan saya juga kru teknikal,” katanya.

Dalam Kelas Moto2, dua pelumba Petronas Sprinta Racing – Xavi Vierge menamatkan perlumbaan di tangga kelapan (39:43.512s), tetapi rakan sepasukan Jake Dixon dari Great Britain gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah enjin pada pusingan ke-21.

Pelumba Sprinta Racing Moto3, John McPhee memperoleh kemenangan podium kedua sejak GP Qatar pada Mac dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 39 minit18.925 saat dalam perlumbaan sebanyak 22 pusingan.
Pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki daripada pasukan SIC58 Squadra Corse, memperoleh kemenangan sulung musim ini selepas mencatat masa 39 minit 18.861 saat sementara pelumba Itali, Celestino Vietti daripada SKY Racing Team VR46 di tempat ketiga, 0.134 saat di belakang Suzuki.

Kejohanan Dunia MotoGP 2020 akan bersambung di Litar Brno, Republik Czech, hujung minggu hadapan. — BERNAMA

Previous Post

Harga RON95, RON97 Turun 4 Sen

Next Post

Kawasaki Z 650 ABS; Kualiti, Laju dan Selesa

Next Post

Kawasaki Z 650 ABS; Kualiti, Laju dan Selesa

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved