Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemarau 20 Tahun Suzuki Berakhir!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-16
in BULETIN, UTAMA
0

Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali gembira dengan prestasi Franco Morbidelli di Grand Prix (GP) Valencia yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol semalam. Katanya pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini sekalipun menerima saingan sengit daripada pelumba Australia, Jack Miller daripada Pramac Racing di akhir perlumbaan.

Razlan juga meluahkan harapan rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quatararo yang terkeluar daripada perlumbaan itu akan bangkit kembali pada perlumbaan penamat musim, GP Portugal di Litar Portimao hujung minggu ini.

“Kejohanan MotoGP tahun ini adalah sukar dan kami berusaha untuk memenangi kesemua perlumbaan hingga perlumbaan akhir namun kami gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan hari ini.

Razlan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Suzuki dan penunggangnya Joan Mir atas kejayaan merangkul kejuaraan MotoGP musim ini. Beliau juga gembira melihat pasukan berpangkalan di Malaysia berjaya mengekalkan pasukan satelit terbaik untuk musim kedua berturut-turut Kejohanan MotoGP.

Morbidelli yang bermula dari petak pertama menguasai perlumbaan sejak awal namun menghadapi saingan sengit daripada Miller pada pusingan akhir sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 22.478 saat, kemenangan ketiganya selepas GP Marino dan GP Teruel.

Miller di tempat kedua dengan perbezaan 0.093 saat sementara pelumba Sepanyol, Pol Espargaro daripada Red Bull KTM Factory Racing di tempat ketiga dengan catatan 41:25.484 saat dalam perlumbaan 27 pusingan itu. Pendahulu MotoGP, pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar, muncul juara dunia MotoGP musim ini sekalipun menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketujuh (41:31.181 saat). Beliau mengumpulkan 171 mata selepas 13 perlumbaan dengan baki satu lagi perlumbaan.

Keputusan perlumbaan semalam mengangkat Morbidelli ke tempat kedua dengan 142 mata sementara rakan sepasukan Mir, Alex Rins di tempat ketiga (138 mata). Quartararo pula jatuh ke posisi kelima dengan 125 mata. — BERNAMA

Previous Post

Belasungkawa : Kehilangan Yang Tiada Ganti

Next Post

Rancang Mulakan Pemasangan Motosikal Di UK Tahun Hadapan

Next Post

Rancang Mulakan Pemasangan Motosikal Di UK Tahun Hadapan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved