Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Versys 650, Jangan Pandang Sebelah Mata

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kawasaki Versys 650, Jangan Pandang Sebelah Mata

Solid dan gaya tersendiri, dilengkapi pelbagai ciri demi memantapkan lagi tunggangan pemiliknya. Jurutera Kawasaki telah menghasilkan rekabentuk sebuah motosikal Naked yang hebat. Versi ini adalah model mid range dan ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka menjelajah atau touring dan ia merupakan antara aktiviti paling banyak mendapat sambutan di kalangan bikers di negara kita. Rekod menunjukkan lebih dari 6000 unit telah terjual sejak diperkenalkan pada tahun 2007 di Malaysia.

Kaget juga apabila berdepan dengan model ini. Jangkaan saya, tidak banyak perubahan ketara ketika melihat foto yang diviralkan oleh kawan-kawan. Bak kata pepatah ‘jangan dipandang sebelah mata’. Dah berada di hadapan mata, maka bermula penelitian rapi dan secara terperinci, bermula dari Wiser hingga ke lampu belakang. Versys 650 model 2015 ini ternyata dilengkapi ciri-ciri yang memenuhi kehendak dunia permotoran masa kini. Dibekalkan dengan kuasa enjin 649cc berkembar selari dan mampu hasilkan kuasa 69 PS pada 8500 rpm, diikuti 65 nm pada tork 7000rpm.

Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, kuasa motosikal ini agak tinggi. Henjutan pikap yang cukup menarik selepas penukaran dari gear tinggi kepada gear rendah, membantu penunggang lebih yakin dengan kemampuan enjin ketika memotong kenderaan. Permasalahan getaran semasa rpm tertinggi dihilangkan melalui penalaan ECU dan juga beberapa bahagian komponen dalaman dari jenis baru. Kawalan semula kuasa enjin dengan transmisi enam gear kelajuan cukup memberikan kepuasan ketika memecut mahupun santai.

Jurutera Kawasaki memperlengkapkan model ini dengan sistem suspensi yang dipertingkatkan dari model sebelumnya. Saya dapat rasakan kelainan semasa menunggang uji, bebas memilih dan tidak perlu berjumpa mekanik atau menyusahkan mereka yang lebih pakar dalam mengubah suai sistem suspensi depan dan juga belakang. Hanya melalui sedikit bacaan dari buku manual, semua ubah suai tersebut boleh dilakukan secara manual dan mengikut kesesuaian jalanraya dan juga berat beban yang dibawa.

Sistem suspensi depan dari jenis terbalik jenama Showa 41 mm dengan pengubahsuai Pramuat di sebelah kiri dan Pemulihan Redaman di sebelah kanan. Sementara sistem suspensi belakang dari jenis monoshock dengan satu tombol pengubahsuai. Sistem tersebut tidak terdapat pada model lama. Kenyataannya di sini, model Versys 650 terkini menawarkan keselesaan kepada penunggangnya baik dalam apa jua keadaan.

Pengawalan sistem brek dipertingkatkan, kelopak cakera brek berwajah baru 300mm di bahagian hadapan, sementara 250mm di belakang dipadankan dengan angkup baru. Pad brek juga berjenis baru dari segi luaran dan tiada perbezaan ketara dapat dilihat pada tangki minyak model ini. Hakikatnya penambahbaikan telah dilakukan oleh jurutera. Tangki minyaknya dapat menampung 21 liter berbanding model sebelumnya yang hanya boleh mengisi 19 liter bahan api. Penggunaan minyak dapat dijimatkan ketika menunggang kerana papan digital meternya terpapar lambang Economy Mode yang berbentuk bulat seperti berlian digabungkan tiga segi. Cukup mudah dan menyenangkan penunggang. Apabila pecutan dilakukan melebihi 130km/j, lambang Economy Mode tersebut akan hilang dan tiada lagi penjimatan minyak. Justru itu, Economy Mode membantu dalam penentuan jarak untuk ke destinasi yang dituju.

Tunggang uji ketika hujan lebat pada waktu malam telah saya lakukan dan jarak penglihatan dalam situasi begini amat terhad. Disini, saya turut melakukan dua ujian lain. Pertamanya ujian pada windscreen yang besar serta berfungsi secara manual dan boleh dinaikkan juga diturunkan sebanyak 60mm. Menakjubkan. Jika dibandingkan dengan model terdahulu, windscreen ini lebih besar dan membantu dalam menghalangi hujan serta angin yang kuat. Ujian kedua adalah lampu yang sporty dan sofistikated. Cahaya putih yang dipancarkan oleh lampu ini relevan dengan situasi. Simbahan cahaya yang agak jauh ketika lampu tinggi atau High Beam digunakan merupakan tips kepada mereka yang gemar menunggang di waktu malam gelap, apatah lagi ketika menunggang dalam cuaca buruk.

Kawasaki Versys 650 ini juga mendapat rekabentuk ekor baru serta penawaran bagasi pemasangan sistem bersepadu. Terdapat slot untuk panniers dan memudahkan lagi penunggang memasang serta mengeluarkan bagasi dengan hanya klip sahaja jika tidak digunakan. Sistem pemasangan adalah subframe rekaan terkini yang dipadankan dengan roda 17 inci. Jangan mudah membuat andaian motosikal ini tidak sesuai untuk mengharungi selekoh tajam atau pendek hanya dengan melihat ketinggiannya walaupun membawa muatan.

Jika beranggapan sedemikian, maka anda silap. Ujian ketika mengharungi selekoh yang pelbagai dan berselang-seli dengan pertukaran gear mengikut kesesuaian kelajuan ketika mengambil selekoh, membuktikan Versys 650 2015 cukup hebat. Lembut dan keyakinan tinggi akan tersemat di sanubari bahawa motosikal ini tidak mengecewakan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 39

Previous Post

Brek Plat Cakera Dan Racing Oil Pump Dari MMate

Next Post

Honda CB500X, Lasak bergaya!

Next Post

Honda CB500X, Lasak bergaya!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved