Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Brek Plat Cakera Dan Racing Oil Pump Dari MMate

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-24
in BULETIN, UTAMA
0

Brek Plat Cakera Dan Racing Oil Pump Dari MMate

Pembuat barangan aksesori motosikal MotoMate (MMate) memperkenalkan aksesori di bahagian paling penting iaitu dalam sektor pemberhentian (brek). Plat cakera dengan corak baharu dan racing oil pump merupakan dua aksesori tambahan yang diperkenalkan oleh MMate khusus bagi moped paling digemari ramai iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150.

Plat cakera atau rotor merupakan komponen yang disambungkan pada roda. Ada juga plat cakera brek yang mempunyai sirip haba bagi membuang haba berlebihan daripada cakera. Selain itu, terdapat juga plat cakera brek yang berlubang bertujuan menambahkan luas permukaan cakera yang terdedah pada udara untuk menyejukkannya dengan lebih cepat.

MMate memperkenalkan plat cakera dengan rekabentuk baharu berserta saiz 245mm. Model yang diperuntukkan bagi model Y15ZR diyakini mampu untuk memberhentikan dan memperlahankan jentera dengan penuh yakin. Untuk makluman, cakera brek adalah sejenis alat bagi memperlahankan atau menghentikan putaran roda motosikal. Cakera brek biasanya diperbuat daripada besi tuang ataupun komposit seramik (termasuklah karbon, kevlar dan silika) serta disambungkan pada roda.

Bagi menghentikan roda, bahan geseran dalam bentuk kasut brek (dipasang pada angkup brek) dikenakan daya secara mekanikal, hidraulik, pneumatik atau elektromagnet pada kedua-dua bahagian cakera. Apabila berlakunya geseran, ia menyebabkan cakera dan roda yang disambungkan diperlahankan atau dihentikan.

Lazimnya, boleh dikatakan brek hadapan bagi kebanyakan motosikal moden menggunakan brek cakera. Sementara itu, MMate turut memperkenalkan tiga model Racing Oil Pump (khusus) bagi jentera Y15 V1 & Y15 V2 dan juga model Honda RS150). Kecuali bagi model Y15 (versi 2) yang dibekalkan sekali dengan gear, dua lagi model iaitu bagi jentera Honda RS150 dan Y15ZR (versi 1) hanya diberikan set Racing Pump Oil sahaja.

Untuk maklumat terdapat banyak fungsi dan kelebihan apabila menggunakan sistem oil pump.Oil pump atau pun Racing Oil Pump berfungsi untuk menghantar minyak enjin ke bahagian tertentu khususnya di bahagian kepala (head) untuk melancarkan pergerakan valve, camshaft, bearing camshaft dan bearing rocker arm. Bagi mereka yang sudah mengubahsuaikan jentera dan menggunakan racing oil pump, pastikan anda memberi perhatian terhadap paras minyak yang mencukupi di bahagian kepala (head).

Antara kelebihan Racing Oil Pump dari MMate adalah ia mampu melincirkan dan memastikan bekalan minyak untuk semua bahagian enjin yang bergerak bagi menghalang daripada berlakunya hakisan dan tekanan minyak menjadi lebih konsisten manakala aliran minyak mampu di atasi dengan baik.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Motomate (M) Sdn Bhd;

03 – 4041 3380, 03 – 4041 6418, 03 – 4042 9844 dan 03 – 4045 8288.

FB: https://www.facebook.com/motomate3218/

Previous Post

Tayar Michelin Siri Power; Terbaharu Dan Terbaik Untuk Motosikal

Next Post

Kawasaki Versys 650, Jangan Pandang Sebelah Mata

Next Post

Kawasaki Versys 650, Jangan Pandang Sebelah Mata

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved