Kali pertama Kawasaki memperkenalkan Ninja ZX-25R di Jepun dan beberapa negara di Asia pada tahun 2020, menghidupkan kembali bersesaran kecil dan sportbike 4-silinder yang digilai pada era 80’an dan 90’an dengan harapan akan ada ikutan dari pengeluar motosikal lain. Namun, hanya Ninja ZX-25R sahaja pilihan yang ada.
Namun begitu, Kawasaki masih lagi belum bercadang untuk menghentikan pengeluaran ZX-25R dalam masa terdekat dan terbaharu, pengeluar motosikal dari Jepun ini tampil dengan model 2022. Twilight Blue pula adalah pilihan warna baharu untuk Ninja ZX-25R quarter-liter yang direka semula. Pilihan warna ini terdiri daripada warna putih dan merah, manakala di bahagian fairing ada logo berwarna kelabu.
Selain penampilan warna yang baharu, pada dasarnya Ninja ZX-25R tiada perubahan yang mengekalkan ciri-ciri moden Ninja yang hampir serupa dengan semua model keluarga Ninja termasuk Ninja 400, 650 dan ZX-6R supersport. Selain gaya yang sama, Ninja ZX-25R ini dikenali kerana enjinnya. Motor ini dilengkapi dengan 249cc inline-four yang mampu menghasilkan sehingga 17,500 rpm dan 45hp.
Kawasaki Ninja ZX-25R ini dijangka bakal berada di pasaran Jepun sekitar Februari dan akan diikuti beberapa negara Asia lain.
Sumber : Rideapart