Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kasma Kekal Cemerlang Di Sepang, KIP Kembali Di Podium

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-19
in BULETIN, UTAMA
0

Litar Antarabangsa Sepang kekal dijinakkan Kasma Daniel Kasmayuddin apabila sekali lagi mengungguli perlumbaan MSBK dalam kategori MSB1000 A. Pelumba pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN itu gagal ditandingi setelah meninggalkan para pesaingnya, Zaqhwan dan Azlan yang jauh ketinggalan di belakang. Manakala kedua-dua Zaqhwan dan Azlan bersaing sengit sehingga saat akhir yang menyaksikan Zaqhwan berjaya menempatkan diri di tempat kedua.

Kasma Di Hadapan
Di awal perlumbaan, Zaqhwan bergerak pantas dan mendahului di kedudukan pertama diikuti Azlan dan Kasma, masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga. Walaupun Kasma cuba untuk memintas dari dalam di selekoh terakhir, kedua-dua Zaqhwan dan Azlan berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing. Di pusingan ketiga, Kasma menekan Azlan dan memintas dari dalam dan mengatasi Azlan seterusnya mendahului Zaqhwan yang kemudiannya berjaya merampas kedudukan pertama dari bahagian dalam sekali lagi.

Di pertengahan perlumbaan, Kasma mendahului dengan jarak masa 1.756s dari Zaqhwan, dan ketiga-tiga trio ini berjaya mengekalkan kedudukan. Dengan baki lagi dua pusingan, Kasma menempah kemenangan dengan jarak masa 3.326s. Zaqhwan mengekalkan kelajuannya dan mengelak tekanan dari Azlan. Persaingan berakhir dengan kemenangan Kasma yang menamatkan perlumbaan pada 21’26:958s. Zaqhwan yang mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing Team menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21’30:100s. Diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team dengan catatan masa 21’47:951s di tempat ketiga.

Kemenangan Pertama Khairul Idham Pawi
Persaingan tidak kurang hebatnya yang dipamerkan dalam kategori MSBK600 Pusingan 2 dan menyaksikan kebangkitan Khairul Idham Pawi dari Boon Siew Honda Racing Team muncul sebagai juara. Rakan sepasukannya, Helmi Azman yang cemerlang di pusingan satu pada hari sebelumnya, memulakan perlumbaan dengan baik dan mendahului perlumbaan di kedudukan pertama, diikuti Sharul Ezwan di kedudukan kedua dan Khairul di kedudukan ketiga.

Beberapa saat kemudian, Khairul melakukan pertukaran kedudukan yang pantas dengan Sharul yang merampas kedudukan kedua dan mengejar Helmi. Manakala Ibrahim di kedudukan keempat, cuba memintas Sharul. Di penghujung pusingan kedua, Khairul berjaya mengatasi Helmi. Soichiro pula berjaya menduduki kedudukan ketiga dan diikuti rapat oleh Ibrahim. Di selekoh terakhir, Ibrahim memintas Soichiro dan cuba untuk merapati Helmi. Di pusingan keempat, Ibrahim memintas Soichiro dan cubaan serangan Soichiro ke atas Helmi juga berjaya.

Di pertengahan perlumbaan, Ibrahim yang semakin rapat dengan Khairul pantas memintas dan berjaya mendahului kedudukan. Helmi pula enggan mengalah dan menemui jalan untuk merapatkan jarak dengan Soichiro. Persaingan keempat-empat pelumba ini, dapat dilihat Helmi bersaing dengan Soichiro manakala Khairul pula memberi tekanan kepada Ibrahim. Berbaki tiga lagi pusingan, Khairul akhirnya berjaya memintas Ibrahim dari dalam di selekoh pertama tetapi sebelum pusingan berakhir, Ibrahim berjaya merampas semula kedudukan pertama.

Dalam masa sama, Helmi berjaya melepaskan diri dari Soichiro. Di pusingan terakhir, Khairul memecut laju dari dalam dan sekali lagi mendahului perlumbaan. Rakan sepasukannya, Helmi meloloskan diri dan berjaya menduduki tempat kedua dan beberapa ketika berada di kedudukan pertama tetapi dipintas semula oleh Khairul sekali gus mengakhiri perlumbaan dengan catatan masa 21’52:038s. Helmi Azman menduduki tempat kedua dengan catatan masa 21’52:333s dan Md Ibrahim Noroddin dari Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN di tempat ketiga dengan catatan masa 21’52:341s.

Izrul “Weekend Champion”
Malang bagi pelumba Rakshith dan Huan Ni kerana terpaksa melupakan perlumbaan setelah terlibat dengan kemalangan sehari sebelum pusingan 2 berlangsung. Namun, ia menjadi peluang keemasan kepada barisan pelumba lain untuk bersaing dalam kategori MSBK250 B.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Izrul Huzaimi yang mendahului perlumbaan. Manakala persaingan antara Saidatul dan Farderin juga diselesaikan apabila Saidatul berjaya menduduki tempat kedua terpantas di pusingan pertama (Race 1). Semasa pusingan kedua (Race 2), Rakshith muncuk yang terpantas dengan catatan masa 15’36:053s. Walaupun beraksi cemerlang, dia gagal memenangi secara keseluruhan untuk merangkul tropi Weekend Champion kerana kemalangan sehari sebelumnya.

Izrul juga mempamerkan prestasi yang tidak kurang hebatnya apabila kedua-dua catatan digabungkan iaitu catatan masa terpantas pada Race 1 dan kedua terpantas 2, Izrul dinobatkan sebagai Weekend Champion untuk pusingan kedua ini. Tidak ketinggalan, persembahan yang membanggakan dari Norsyafiyah yang mewakili pasukan CHV Racing dan Saidatul Zakirah dari Lady Boss Racing Team yang bersaing sengit dalam kalangan pelumba lelaki. Kedua-dua pelumba wanita ini berjaya menduduki podium di mana Saidatul Zakirah Zairin di tempat kedua dan Siti Norsyafiya Alia di tempat ketiga.

Previous Post

Cuba Engine Gear & Connecting Rod IKK Ini!

Next Post

Gabungan Tiga Kelab, Satu Himpunan Gergasi Pemilik MT15!

Next Post

Gabungan Tiga Kelab, Satu Himpunan Gergasi Pemilik MT15!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved