Ekoran kejayaan penganjuran Mega Gathering MT15 1.0 pada tahun lalu di Shah Alam anjuran MT15COC dan MT15KVCC, kesinambungan program ini diteruskan lagi pada tahun 2023. Bertempat di Dewan Contennial Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah, Mega Gathering Yamaha MT15 Northern 2.0 ini telah berlangsung pada 16 September lalu bersempena sambutan Hari Malaysia.
Penggerak utama untuk penganjuran kali kedua ini adalah MT15 Kota Setar Squad yang dibantu MT15 Kedah Crew dan Penang MT15 Community. Ketiga-tiga kelab ini bergaung sebagai MT15 Northern Community dan menjadi penganjur untuk Mega Gathering Yamaha MT15 Northern 2.0.
Bagi menampilkan kelainan berbanding penganjuran yang lepas, pihak penganjur membawakan kepelbagaian budaya di Kedah. Antaranya seperti pertunjukan silat yang sinonim dengan kenduri di Kedah yang turut menampilkan makan tengah hari bersama hidangan kenduri kahwin iaitu gulai kawah dan lain-lain lagi.
Manakala acara sukaneka pula datang dari idea pihak penganjur yang mahu mengembalikan nostalgia suasana orang-orang kampung di Kedah termasuk balut ketupat, kukur kelapa, bowling kelapa dan lawan pijak belon. Pertandingan Motorshow untuk ahli-ahli MT15 yang hadir turut diadakan.
Bagi memeriahkan lagi suasana, turut diadakan ialah kerusi berirama sebagai cara tambahan. Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut menjemput golongan orang upaya untuk servis urutan kaki. Kehadiran barisan penaja dan juga BSN Insuran menghangatkan lagi penganjuran Mega Gathering Yamaha MT15 Northern 2.0 pada kali ini.
Tidak dapat dinafikan, tarikan utama keseluruhan penganjuran ini sudah semestinya segmen Cabutan Bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khususnya Hadiah Utama yang berupa sebuah motosikal Yamaha EZ115 sumbangan CHJ (Chin Hin Motor Jitra).
Walaupun masih baharu, penyertaan untuk penganjuran Mega Gathering Yamaha MT15 kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan. Sebanyak 21 buah kelab MT15 dari seluruh Malaysia telah hadir bagi memberikan sokongan sekali gus memeriahkan lagi penganjuran tahun ini.
Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Motorshow dan Cabutan Hadiah. Pemenang bertuah yang memenangi motor Yamaha EZ115 adalah peserta dari Perak yang menerima hadiah disampaikan oleh wakil CHJ Motor Jitra.
Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak penganjur khususnya kepada para peserta dari seluruh Malaysia yang meluangkan masa dengan menghadirkan diri sekali gus memeriahkan lagi acara. Tidak dilupakan juga kepada barisan penaja yang menyokong sejak awal lagi. Semoga bertemu lagi di penganjuran Mega Gathering MT15 3.0 yang bakal diadakan di Terengganu pula.
Jutaan terima kasih kepada penaja utama CHJ Motor, Hong Leong Yamaha Motor dan RK Takasago.
Antara barisan penaja yang turut serta;
The Golden Cavalry
Yeow Auto Credit
Ft Garage
Port Bike
Warung Tok Haji Salleh
IR Gadget
BBQ Lam Kemensah
Keat Seng Motor
Motorex
Shin Hup Hing
Koyoko
Chung Seng Motor
GIVI Malaysia