Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan motosikal fesyen sukan baru “Doxou” sempena hari penghargaan pelanggan tahunannya di Karnival Yamaha Gen Blu. Bertempat di MAEPS, Serdang, karnival ini diadakan pada 4 Ogos lalu yang turut dihadiri bukan sahaja para pemilik tetapi dimeriahkan lagi dengan kehadiran peminat jenama motor keluaran Yamaha.
Pengenalan Doxou sekaligus memperluaskan jangkauan Yamaha ke segmen gaya hidup dan sukan yang sporty. Selain itu, turut dipamerkan adalah edisi terhad Y15ZR Doxou dan NVX Doxou lengkap dengan pelbagai pakaian dan barang-barang bergaya yang dipakai oleh model-model sporty. Sebagai bonus tambahan, motosikal ini juga dilengkapi dengan set hadiah edisi terhad eksklusif termasuk headphone Doxou yang direka khas, rantai kunci, dan sijil yang ditulis dengan butiran enjin dan casis bagi motosikal.
Acara Karnival Yamaha Gen Blu yang diadakan ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti baru dan menarik yang direka untuk menaikkan pengalaman pelanggan dan kepuasan ke peringkat seterusnya. Selain itu, karnival ini turut menampilkan beberapa tarikan seperti hadiah utama yang ditawarkan kepada para peserta iaitu Yamaha’s 900cc Street Fighter ikonik, MT09 yang terkenal dan motosikal misteri, Y15ZR Doxou.
Para pemilik Yamaha turut dijemput menjadi sebahagian daripada peserta untuk Buku Rekod Malaysia sebagai “Perhimpunan Motosikal Terbesar di satu tempat” Ini diikuti dengan pertunjukan aksi menakjubkan oleh pemain duet antarabangsa pada motosikal Yamaha YZF-R6 dan YZF-R25, tiket MotoGP percuma untuk pemenang pertandingan simulator basikal, persembahan Faizal Tahir yang juga penyanyi dan penulis lagu Malaysia. Pengunjung juga berpeluang mengikuti cabaran karnival dengan pelbagai hadiah menarik.
Bagi makluman anda, motor Y15ZR Doxou mula dijual kepada umum bermula dari pertengahan Ogos ini pada harga RM8,868. Manakala harga dan ketersediaan NVX Doxou dijadualkan akan diumumkan tidak lama lagi. – Paksu Shidee