Rimba Raid edisi keenam telah diadakan di Janda Baik pada 26 hingga 28 Julai lalu yang menyaksikan penyertaan dari 15 buah negara. Bagi memastikan kelancaran penganjuran Rimba Raid 2019, Hi-Rev telah dilantik sebagai minyak pelincir rasmi perlumbaan bertaraf antarabangsa ini.
Pemilihan Hi-Rev sebagai pelincir rasmi sekali gus menjadi platform terbaik kerana perlumbaan lasak seperti ini memerlukan minyak pelincir yang mampu beraksi cemerlang walau dalam apa juga keadaan. Kini, Hi-Rev menjadi jenama minyak pelincir utama dalam dunia sukan permotoran dan berbangga menjadi minyak pelincir rasmi Rimba Raid, Janda Baik 2019.
Pelbagai pengeluar motor khususnya untuk segmen motor lasak seperti Honda, BMW, Suzuki, Yamaha, dan KTM telah menyertai acara ini. Tidak ketinggalan, jenama pengeluar motor yang baru dalam segmen ini seperti Benelli dan KTNS dari China turut menyertai Rimba Raid buat kali pertama.
Model-model motosikal terbaharu seperti KTM 790R, BMW R1250GS, Africa Twin Adventure dan Benelli Leoncino buatan China turut menyertai Rimba Raid yang menjadi penyertaan perlumbaan kali pertama di peringkat Asia, sekali gus menarik perhatian para penggemar motor untuk menyaksikan kehebatan motor-motor ini beraksi.
Sebanyak 4 orang pelumba wanita dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand berentap bersama 146 pelumba lelaki dalam perlumbaan yang memerlukan bukan sahaja kemahiran, malah daya ketahanan serta kesabaran yang mana hanya 65% dijangka mampu menyempurnakan perlumbaan dalam masa 8 jam.