Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kapcai Jadi Scrambler

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-12
in BULETIN, UTAMA
0


Sejak tahun-tahun ke belakang Honda gemar mengeluarkan semula motosikal dengan reka bentuk retro. Paling ikonik ialah Super Cub C125 yang kini menjadi kapcai premium. Terbaru Honda kembali ke dunia retro dengan menawarkan CT125 Hunter Cub yang mengimbas kembali siri CT pada era 60an dan 80an.

CT merujuk kepada motosikal untuk digunakan di dalam aktiviti rekreasi atau off-road. Badan CT125 Hunter Cub diasaskan dari Super Cub C125 dan disesuaikan dengan tujuannya melalui beberapa komponen seperti suspensi, ekzos dan tayar. Perubahan yang dibuat begitu banyak dan tidak setakat menyalin badan Super Cub sahaja.

Bahagian rangka belakang telah dipanjangkan manakala beberapa poin utama telah dikukuhkan supaya tahan lasak. Bahagian depan menggunakan fork teleskopik dan jarak kelegaan bumi motosikal ialah 165mm. Ekzos dinaikkan ke bahagian atas dan tepi yang merupakan identiti CT dari dahulu lagi.

Menariknya brek depan menggunakan cakera dengan fungsi ABS satu hala dan bahagian belakang tidak ketinggalan dilengkapi brek cakera. Enjin JA55E bersesaran 124cc mempunyai kuasa 8.8 PS pada 7,000 rpm dan tork 11 Nm pada 4,500 rpm. Enjin dengan empat kelajuan itu menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan dibekalkan tangki minyak berkapasiti 5.3 liter.

Ada dua warna yang ditawarkan iaitu glowing red dan matte fresco brown dan Honda mensasarkan untuk menjual 8,000 unit setahun di Jepun. Berapakah harganya? 440,000 yen atau RM17,644. Memang keras dan munasabah memandangkan ia mempunyai banyak kelengkapan istimewa berbanding Super Cub C125 yang sudah sedia premium.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Rekaan Unik, Model Ini Edisi Terhad!

Next Post

Skuter Ala Off-Road Untuk Jepun!

Next Post

Skuter Ala Off-Road Untuk Jepun!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved