Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kak Fa Polo Otai Lady Biker

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Setiap orang ada cerita berbeza di sebalik minat mereka dalam aktiviti bermotosikal. Ada yang terpengaruh dengan MotoGP, ada yang suka bersosial dengan kumpulan, ada yang suka menikmati alam sekitar di sepanjang perjalanan konvoi dan tak kurang juga yang beli motor tanpa sebab, mungkin kerana terikut-ikut dan akhirnya motor tersadai tak ditunggang. Kawan saya pun ramai yang macam tu.

Waktu awal penerbitan Roadstar dulu, kami pernah menemuramah seorang rider paling otai. Haji Rock, berumur 70-an dan menunggang Ducati 1098. Saya kira, penghormatan harus diberikan kepada beliau kerana mampu menunggang motosikal anak muda yang liar dan buas. Tapi bagaimana pula kali ini?

Kak Fa Polo atau nama penuhnya Fatimah Ahmad De Polo mungkin antara segelintir rider wanita yang masih setia menunggang motosikal berkuasa tinggi pada usia sebaya ibu saya. Sejujurnya pertama kali bertemunya, saya cukup terkejut. Bayangkan dengan tubuhnya kecil pada usia hampir 60 tahun dan mengendalikan motosikal 1300cc Yamaha FJR. Saya sendiri tak pasti pada usia sedemikian, tubuh badan cukup sihat untuk menunggang motosikal sebesar ini.

Kak Fa bukanlah baru sehari dua main motor. Beliau sudah mula menunggang sejak muda dan masih lagi ingat ketika membeli motosikal pertamanya pada 1990. Oleh kerana tidak mampu membeli motosikal baru, alternatif waktu itu ialah membida Suzuki 535 yang diperolehi ketika lelongan awam oleh JPJ pada harga RM600, tapi itu cerita tahun 1990 lah.

Setelah membeli, diubahsuai dan menunggangnya selama 8 tahun, Kak Fa telah menjual dengan harga berlipat kali ganda dan dengan modal yang ada, beliau membeli Suzuki Intruder 800 yang sehingga kini masih ada dalam simpanan kerana terlalu banyak kenangan pahit manis bersamanya.

Motor ketiga yang dibeli ialah Yamaha V Max yang diguna selama lebih kurang 10 tahun sebelum menjualnya atas desakan suami dan kemudiannya digantikan dengan Yamaha FJR1300. Ternyata, inilah motosikal terbaik yang pernah beliau miliki dan memberitahu dengan yakin, tidak akan menukarnya walaupun sering mendapat tawaran menarik.

Kak Fa bukanlah seperti rider wanita yang biasa saya jumpa dan berbual. Terlalu banyak pengalaman untuk beliau kongsikan. Dari perihal kerjaya, hobi, keluarga dan juga di kalangan kawan-kawan dalam dunia motosikal. Kak Fa lebih bertuah kerana berkongsi hidup dengan seorang suami yang juga meminati motosikal.

Pasangannya, Muhammad Ricardo Francisco Polo Loyola, seorang biker yang memiliki Kawasaki GTR1400 berasal dari Peru, Amerika Selatan. Hidup beliau cukup bahagia dengan empat orang anak yang semuanya sudah dewasa, berumur antara 20 hingga 38 tahun dan juga sudah mempunyai cucu!

Sepertimana rider lain, pengalaman pahit manis menunggang pastinya terpahat dalam hidupnya. Kemalangan? Terlalu banyak kali kemalangan namun, alhamdulillah tiada kecederaan teruk.

Kemalangan jalanraya pertamanya ialah ketika pertama kali menaiki Suzuki Intruder di Cameron Highlands kerana menoleh ke belakang untuk bertanya pembonceng jika dia ok. Apabila sedar, motor sudah terbabas masuk longkang dan patah lampu depan. Beliau bernasib baik kerana hanya kecederaan kecil.

Kemalangan kedua adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Sewaktu menunggang di Sumatera Utara, Kak Fa terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tulang belakang/belikat fracture tapi tidak disedarinya sehingga beliau pulang ke tanah air!

Kenangan manis juga terlalu banyak untuk diceritakan. Selaku Presiden Bikerz United Motorsports Club, beliau bersama pasukannya berjaya menganjurkan acara untuk Malaysia Book of Records dengan catatan 107 penunggang wanita dengan jentera 500cc ke atas dalam satu pelepasan beberapa tahun lepas.

Beliau juga bertindak menjadi fasilitator kepada 30 remaja yang meminati aksi lasak pemotoran di dalam Kem Perkasa Remaja untuk Permata JPM selama 3 minggu di PULAPOT bersama UKM sebagai Urusetia.

Ternyata Kak Fa seorang yang sangat peramah. Beliau juga berkongsi pendapat dan juga nasihat kepada golongan muda. Ditanya kenapa masih menunggang, jawapan beliau ialah kerana jiwa. Sudah terlalu lama menunggang motor sehinggakan memandu kereta ke Kuala Lumpur dari rumahnya dari Sungai Buloh adalah satu “beban”. Jalan sesak musuh utama!

Kak Fa juga menceritakan pengalaman awalnya menunggang pada awal dekad 90-an.

“Sekitar tahun 1990 belum ada highway untuk ke selatan mahupun ke utara. Berkereta akan memakan masa yang sangat lama. Contoh, dari KL ke Kuantan memakan masa 6-7 jam sedangkan bermotosikal hanya 2 jam lebih. Sekiranya perlu bawa barang yang banyak, hanya aturkan untuk dipos – pantas dan murah,” ujar beliau.

“Tapi sekarang memang banyak highway, masalahnya lalulintas semakin bertambah dan sesak. Contohnya, dari Sg Buloh ke Ampang, mengambil masa 2 jam setengah sekiranya memandu tetapi hanya setengah jam sekiranya bermotor pada waktu puncak,” tambah beliau lagi.

“Di bulan puasa, ke mana-mana dan bila-bila masa sentiasa sesak! Bermotor menyelesaikan masalah parking walau ke mana dan di mana. Tapi macam biasalah, memang ada cabaran, panas terik, hujan ribut, tayar pancit, kesesakan lalulintas apabila ada kemalangan, berlumba dengan kereta mewah laju dan harga servis yang agak mahal, tapi kalau dikira balik kebaikannya, ia tetap berbaloi,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Previous Post

Majalah Roadstar #51

Next Post

Exhaust R9

Next Post

Exhaust R9

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved