Diperkenalkan di pasaran sejak tahun 1996, Exhaust R9 terus berinovasi bagi menghasilkan produk yang menepati kehendak serta memenuhi kepuasan para pengguna dengan setiap produk keluarannya. Setiap kali produk terbaharu dikeluarkan setelah proses penyelidikan dan pembangunan, satu ujian dyno akan dijalankan bagi memastikan produk yang berada di pasaran mempunyai kuasa kuda yang terbaik.
Sebelum terhasilnya produk akhir, beberapa proses telah dijalankan termasuk pemilihan material berkualiti tinggi seperti karbon, titanium dan tahan karat. Malah, proses pengeluaran telah menggunakan mesin terkini untuk menghasilkan ukuran yang tepat menerusi kawalan kualiti yang tinggi selain penggunaan tenaga kerja yang boleh dipercayai. Bagi meningkatkan kualiti produk, Exhaust R9 turut menyertai pelbagai siri perlumbaan peringkat nasional dan antarabangsa.
Antara siri produk yang menerima sambutan baik khususnya di pasaran Asia Tenggara seterusnya mengungguli kategorinya dan mempunyai kelas tersendiri termasuk Mugello Black & Blue Series, Misano, GP Series Titanium, GP Series Stainless Steel, Falcon Series dan ZETA-R Series. Setiap siri ini didatangkan dengan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri istimewa seperti pengepala titanium atau keluli 100% tahan karat, kualiti dan prestasi tinggi, karbon penyengap 100%, pemindahan haba terbaik dan dipasang secara PnP (Plug & Play). Produk keluaran Exhaust R9 ini disyorkan untuk kegunaan harian, touring dan juga perlumbaan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts [M] Sdn Bhd,
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth, Pulau Pinang.
Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/