Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Kembara 698cc Dengan Kelengkapan Penuh Pada Harga RM35,888

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-11-20
in BULETIN, UTAMA
0

Dalam istilah permotoran, touring bike atau jentera pengembaraan merujuk kepada motosikal kembara atau sport-touring. Jentera dalam segmen ini kebiasaannya, ia direka bagi memenuhi perjalanan jarak jauh dan meredah kepelbagaian permukaan jalan. Di Malaysia, model-model dalam segmen sebegini mencuri tumpuan sama ada bagi mereka yang beriadah di hujung minggu atau sebagai hobi bagi mereka yang aktif dalam sukan off-road.

Antara model motosikal pengembaraan yang dinanti-nantikan adalah Benelli TRK 702X yang kini secara rasminya tersedia di pasaran Malaysia dengan harga RM35,888.00. Hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Active Black dan Stealth Green, Benelli TRX 702X tampil dengan imej yang lebih kemas dan padanan teknologi yang diperbaharui.

Menggabungkan prestasi enjin dua silinder, teknologi terkini serta kelengkapan yang praktikal, model ini menawarkan pengalaman pengembaraan yang lebih versatil untuk pelbagai gaya tunggangan. Bagi sesetengah penunggang, perjalanan bukan sekadar menuju ke destinasi, tetapi tentang kebebasan meneroka dan menikmati setiap kilometer yang dilalui.

Berteraskan semangat pengembaraan ini, Benelli TRK 702X direka untuk memenuhi keperluan kegunaan harian, perjalanan jarak jauh mahupun penerokaan luar jalan raya (off-road). Teras di sebalik keupayaan pengembaraannya, ia dijana enjin 2 silinder, 4 lejang, 8 injap DOHC berkapasiti 698 cc dengan sistem penyejukan cecair, mampu menghasilkan kuasa maksimum 51.5 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 70 N.m pada 6,000 rpm.

Dengan ukuran piston dan lejang 83 × 64.5 mm serta nisbah mampatan 11.6:1, enjin ini dilengkapi sistem penghidup elektrik, pencucuhan T.C.I. dan suntikan bahan api elektronik (EFI) Bosch bagi menyokong prestasi tunggangan yang responsif. Model ini bercirikan transmisi enam kelajuan dengan pacuan rantai, dipadankan dengan klac berbilang plat jenis basah dan pendikit mekanikal.

Gabungan ini memberikan penunggang kawalan yang lebih langsung terhadap tindak balas enjin, sama ada ketika melalui kesibukan bandar mahupun menikmati perjalanan di lebuh raya. Sistem pelinciran yang digunakan ialah jenis tekanan dan percikan untuk kelancaran operasi enjin. Tangki bahan api berkapasiti 20 L, melengkapkan karakter pengembaraannya, membolehkan penunggang merancang perjalanan lebih jauh dengan lebih praktikal.

Pengendalian Benelli TRK 702X disokong suspensi hadapan fork teleskopik terbalik dengan jarak pergerakan 140 mm dan suspensi belakang jenis monoshock dengan jarak pergerakan 33 mm. Sistem brek merangkumi cakera terapung berkembar berdiameter 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan brek cakera tunggal berdiameter 260 mm dengan angkup satu piston.

Konfigurasi ini dilengkapkan lagi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran Bosch yang membantu mengurangkan risiko tergelincir ketika membrek, serta Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan untuk meningkatkan kawalan dan kestabilan.

Dua mod tunggangan, iaitu Road dan Off Road juga tersedia bagi menyesuaikan tunggangan dengan keadaan laluan. Dengan dimensi keseluruhan 2,220 mm panjang, 925 mm lebar dan 1,420 mm tinggi, Benelli TRK 702X menampilkan reka bentuk yang tegap dan sesuai dengan karakter motosikal pengembaraan. Jarak roda 1,505 mm menyokong kestabilan tunggangan, manakala berat keseluruhan 222 kg dan ketinggian tempat duduk 830 mm melengkapkan konfigurasi motosikal ini untuk pelbagai keperluan perjalanan.

Menggunakan tayar METZELER bersaiz 110/80 R19 di hadapan dan 150/70 R17 di belakang, Benelli TRK 702X menawarkan cengkaman dan kestabilan dalam pelbagai keadaan jalan dipadankan dengan rim jejari, menyerlahkan karakter pengembaraannya. Kelegaan tanah setinggi 210 mm memberikan ruang untuk permukaan jalan yang tidak rata, sekali gus meningkatkan keyakinan penunggang ketika meneroka laluan baharu.

Keselesaan penunggang dipertingkatkan menerusi kemudahan yang tersedia seperti penghadang angin, pelindung tangan dan tuil brek dengan empat tahap pelarasan. Palang perlindungan juga disediakan bagi membantu melindungi komponen motosikal sekiranya berlaku insiden terjatuh atau hentakan kecil.

Untuk perjalanan yang lebih praktikal, turut tersedia set kotak kembara tiga unit yang terdiri daripada satu kotak atas dan dua kotak sisi. Kelengkapan ini menyediakan ruang tambahan untuk membawa barangan peribadi serta keperluan perjalanan, sama ada bagi pengembaraan hujung minggu atau perjalanan jarak jauh.

Bagi melengkapkan pengalaman tunggangan moden, Benelli TRK 702X dilengkapi paparan TFT bersaiz lima inci bersama sambungan Bluetooth untuk akses nombor kenalan serta port pengecasan USB Type-A dan Type-C bagi memudahkan pengecasan peranti elektronik sepanjang perjalanan.

Suis kawalan berlampu latar pula memudahkan penunggang mengenal pasti fungsi kawalan pada waktu malam, manakala sistem pencahayaan LED penuh menawarkan pencahayaan yang terang dan cekap tenaga. Ciri lain yang tersedia termasuk suis keselamatan tongkat sisi, dan lampu plat pendaftaran bagi meningkatkan keterlihatannya dalam keadaan cahaya rendah. Sistem elektrik motosikal ini disokong oleh bateri 12V 11.2Ah bagi memenuhi keperluan operasi dan kelengkapan elektroniknya.

Dengan setiap pembelian Benelli TRK 702X, para pembeli boleh menikmati jaminan selama 2 tahun. Perlindungan komprehensif penuh merangkumi tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana terdahulu). Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh 2 tahun tersebut, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang ada.

Previous Post

Penuhi Keperluan Penunggang Harian Hingga Konvoi Dengan Harga Bermula RM98

Next Post

Pusat Servis Menyeluruh, Perkhidmatan Dyno Serta Bekalan Alat Ganti Prestasi Di Bawah Satu Bumbung

Next Post

Pusat Servis Menyeluruh, Perkhidmatan Dyno Serta Bekalan Alat Ganti Prestasi Di Bawah Satu Bumbung

CAPAIAN

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved