KENDA K682, tayar motosikal kapcai paling tahan lasak dan selesa dipakai dengan formula sebatian (compound) khas daripada KENDA. Jangka hayat tayar boleh mencapai sehingga 10,000km iaitu 2 kali ganda berbanding jenama lain.
Spesifikasi keselamatan tertinggi di pasaran tersebut dengan Speed Rating “S”, 3 tahap lebih tinggi daripada yang lain (“P”). Oleh yang demikian, K682 digemari dan popular dalam kalangan pengguna motosikal kapcai khususnya industri penghantaran contohnya, Pos Malaysia, GRAB Food, LEL, Shopee Food, Food Panda, Lalamove, J&T dan banyak lagi.
KENDA K682 mudah didapati dan dijual di kebanyakan agen-agen KOYOKO di seluruh Malaysia. Lokasi agen-agen boleh dicari menggunakan applikasi KOYOKO APP serta boleh dimuat turun untuk semua telefon pintar seperti Android,iOS dan Huawei.