Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Beriadah Di Cameron Highlands, Diiringi Hujan Tanpa Menghalang Keseronokan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-11-16
in BULETIN, UTAMA
0

Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official telah menganjurkan program ke Cameron Highlands Bersama Foxdry pada 30 Oktober yang lalu. Program ini telah disertai seramai 50 orang peserta dan diketuai oleh saudara Zam.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan baju hujan jenama terkenal dan sangat diyakini para penunggang motosikal iaitu Foxdry keluaran syarikat Great Wall Accesorries. Peluang ini juga digunakan para peserta untuk beriadah santai di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Program dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan sesi taklimat ringkas tentang aturcara program sebelum bertolak dari stesen minyak Petronas Jalan Simpang Pulai – Lojing dalam keadaan cuaca ketika itu mendung. Perjalanan dimulakan pada jam 11.00 pagi dan destinasi pertama yang dituju ialah Route 185 untuk sesi bergambar di banjaran yang ada di Route 185. Ketibaan Konvoi disambut dengan cuaca hujan seolah-olah kena dengan tema program pada hari tersebut.

Selesai sesi bergambar bersama Foxdry, para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke majlis jemputan dari pemilik Kedai Route 185 sempena perkahwinan anak beliau. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan di atas jemputan untuk memeriahkan lagi majlis.

Program konvoi bersama Foxdry meneruskan perjalanan ke Masjid Lojing untuk menunaikan solat. Kesempatan ini juga diambil para peserta untuk bergambar kenangan di persekitaran masjid yang begitu indah seolah-olah berada di luar negara dengan cuaca berkabus. Selesai menunaikan solat dan sesi bergambar di Masjid Lojing, peserta konvoi dibawa ke Ladang Teh Boh di Sg. Palas untuk bergambar kenangan bersama Foxdry yang berlatar belakang suasana hijau pokok teh.

Seterusnya, konvoi meneruskan perjalanan ke Brinchang untuk jamuan pada sebelah petang di mana makanannya ditaja oleh McDonald’s Brinchang, Cameron Highlands. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kerana sudi menaja makan petang para peserta konvoi pada petang itu.

Walaupun diiringi hujan sepanjang perjalanan di Cameron Highlands, tidak menjadi penghalang kepada para perserta konvoi kerana adanya baju hujan Foxdry yang ternyata berbaloi. Para peserta sangat berpuas hati kerana baju hujan Foxdry ini berjaya melindungi dari kebasahan dan kesejukan. Selesai sesi makan petang dan sesi bergambar kenangan, para peserta konvoi bergerak ke Pasar Tanah Rata untuk membeli belah dan bergerak pulang pada jam 6 petang.

Di kesempatan ini, saudara Zam mewakili Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr Andy Lai dari Foxdry kerana sudi menjemput untuk mempromosikan baju hujan dikenali ramai itu. Jutaan terima kasih juga kepada Roadstar yang sentiasa menyokong aktiviti permotoran Kelab Komuniti Crew RS15O Perak OFFICIAL.

Pihak kelab Komuniti Crew RS150 Perak Official juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi pernghargaan kepada pihak pengurusan McDonald’s Cameron Highlands yang menaja makanan kepada para peserta konvoi pada hari tersebut.

Sekiranya berminat untuk memiliki baju hujan Foxdry, sila hubungi;
𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐀𝐜𝐜𝐞𝐬𝐬𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 (𝐌) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝
𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩:
Lucas 017-871 2775
https://60178712775.wasap.my
Mr. Tan (Wholesale) 019-371 9489
https://wa.link/o9sjb8

𝐒𝐡𝐨𝐩𝐞𝐞:
https://shp.ee/3cdgd2t

Previous Post

Jangka Hayat Dua Kali Ganda, Jimat & Selamat!

Next Post

Bergema Di Padang Kota Lama, Tarik Perhatian Ramai

Next Post

Bergema Di Padang Kota Lama, Tarik Perhatian Ramai

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved