Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jadi Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-10-11
in BULETIN, SHOW OFF, UTAMA
0

Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang dicintai pastinya menjadi cita-cita dan harapan bagi setiap pasangan di dunia ini. Namun dalam hubungan rumah tangga kadang kala wujud salah faham, kecil hati, rasa tidak dihargai dan sebagainya. Semua itu boleh diatasi sekiranya isteri atau suami dapat mengenal pasti ‘soft spot’ pasangan masing-masing. Apa yang dimaksudkan dengan ‘soft spot’ tersebut?

Seperti kata-kata seorang penceramah wanita, ‘Orang lelaki ini kalau kita dapat jaga beberapa kehendaknya, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia (lelaki) dan sebagai sesorang isteri, wajib ambil tahu apa yang menjadi kesukaan bagi si suami’.

Begitu juga sebaliknya bagi suami terhadap isteri. Berbeza dengan Wan Asri Abdul Rahman yang menghiasi majalah Roadstar kali ini yang menyifatkan dirinya bertuah kerana minat dan hobinya turut disukai oleh isteri.

Motosikal Pengikat Kasih Sayang
Menceritakan kembali detik perkenalan bersama isterinya, Nor Hapifah Abdul Rahman, Wan Asri menyifatkan bahawa jentera dua roda menjadi asbab mahligai yang dibina sejak 2006 kekal sehingga hari ini.

“Sejak dari zaman perkenalan lagi, kami berdua sememangnya sukakan aktiviti lasak. Malah, sepanjang perkenalan dengannya hampir 8 tahun, isteri cukup berminat dengan aktiviti jelajah bermotosikal ini.

“Cuma, bezanya dia tidak membawa motosikal seperti mana wanita lain. Tetapi pantang diajak naik motosikal, dia pasti ada bersama saya mengikuti ke mana-mana destinasi yang ditujui,” ujar Asri yang menceritakan mengenai kisah rumahtangganya dengan aktiviti bermotosikal yang berjaya mengikat kebahagian rumahtangganya.

Bermula dari situ, segala minat Wan Asri terhadap motosikal tidak pernah dihalang oleh isterinya. Sehinggalah projek untuk memodifikasi motosikal Y15ZR yang dibeli pada tahun 2015, menjadi kenyataan pada tahun 2017. Ketika menceritakan semula minatnya terhadap dunia modifikasi motosikal, Wan Asri sekadar menjawab pendek.

”Sekadar minat je bang,” ujar Wan Asri ketika dihubungi oleh penulis menerusi panggilan telefon.

Tambahnya, inspirasi mahu menjadikan modifikasi YSuku miliknya hanya bermula lewat iaitu sekitar tahun 2016 apabila dia bersama-sama rakan-rakan menyaksikan salah satu pertandingan motorshow di Pulau Pinang. Ketika itu, Wan Asri melihat pelbagai motosikal dihiasi dengan pelbagai ‘genre’ dan kebanyakan motosikal yang dipertandingkan memiliki aura yang hebat dan cukup menarik untuk menjadi tontonan awam.

Sejak dari itu, dia memasang impian untuk melakukan sesuatu terhadap jentera YSuku miliknya. Begitupun, dengan kewangan dan masa terluang yang agak terhad, Wan Asri sekadar melakukan segala secara beransur-ansur. Berkat sokongan isteri dan dorongan rakan-rakan yang lain, Wan Asri memulakan projek membuat dengan menjadikan jentera Y15ZR V2 tahun 2015 yang sebelum ini dijadikan sebagai pengangkutan untuk berulang alik ke tempat kerja menjadi ‘tikus makmal’ dalam merealiasikan impiannya.

Lakaran Dan Warna Rossi Jadi Pilihan
Bersandarkan pengamatan pada beberapa model motosikal yang dilihat pada beberapa pertandingan sebelum ini, Wan Asri harus memilih karakter yang bersesuaian dengan jentera YSuku yang ingin ditampilkan. Paling yang mendapat perhatian dari kaca matanya adalah skema warna yang harus digunakan pada cover set jentera terbabit.

Akhirnya, Wan Asri memilih pilihan warna jentera Rossi ketika bekas juara dunia itu bersama dengan pasukan Petronas satu ketika dahulu. Hasil lakaran awal pada tahun 2017 itu, dia berjaya meraih kedudukan ke-5 pada penampilan sulung di pentas modifikasi.

Selepas itu, beberapa perubahan telah ditampilkan oleh Wan Asri. Ketrampilan berbeza banyak diberikan serta tunjur ajar dari rakan dan pencinta modifikasi lain memberikan Wan Asri ilham sekali gus berjaya untuk menambat menarik perhatian juri dan pengunjung tatkala jenteranya berada pada pentas pertandingan.
“Antara pengubahsuaian yang paling sukar adalah pada bahagian kepala motosikal YSuku ini. Bagi saya, pengubah suai kepala kepada jenis atau model Yamaha NVX sangat rumit kerana semua bahagian perlu dikustom semula.

“Cuma pada bahagian meter sahaja, YSuku saya masih tetap menggunakan meter asal,” ujar Wan Asri yang meraih gelaran juara pada satu temasya permotoran yang berlangsung di Jitra, Kedah awal tahun 2018.

Menurutnya beberapa komponen ‘aftermarket’ turut dipasang pada jentera ini bagi menambahkan ketrampilan YSuku miliknya lebih maskulin. Selain itu, pilihan warna mendapat sentuhan inovasi TGBR manakala talaan enjin pula dilakukan oleh Ayie Garaj.

Isteri Beri Sokongan
Tanpa mengira destinasi mana sekali pun, Wan Asri sentiasa ditemani oleh isterinya ke mana sahaja. Samada ke lokasi pertandingan mahupun sewaktu aktiviti bersantai dengan motosikal, kedua-duanya ibarat belangkas. Layaknya, isteri Wan Asri dianggap PA bagi dirinya.

Menurut Wan lagi, selepas siap sepenuhnya modifikasi YSuku, hanya beberapa kali dia bersama isteri menunggang bersama ke beberapa lokasi menarik sekitar.

“Isteri saya ni jenis suka membonceng. Tak kiralah ke mana lokasi, asalkan dapat pergi bersama-sama. Paling jauh kami pernah membawa jentera ini sehinggalah ke Perlis.

“Namun selepas dinasihatkan oleh rakan-rakan perihal undang-undang jalan raya, saya mula ‘menyimpan’ jentera YSuku hanya di garaj rumah.

“Untuk ke destinasi pertandingan, saya cukup beruntung kerana beberapa kenalan dan kedai motosikal seperti EL Chong Motor yang beroperasi di Jawi, sudi untuk menaja pengangkutan untuk membawa jentera Y15 ini ke destinasi pertandingan,” ujar Wan Asri lagi.

Sekilas Info
Nama: Wan Asri Bin Abdul Rahman
Panggilan: Wan
Asal: Nibong Tebal, Pulau Pinang
Umur: 47 Tahun
Menetap: Nibong Tebal, Pulau Pinang
Pekerjaan: Shipping Department
Status: Berkahwin
Isteri: Nor Hapifah Abdul Rahman
Kerjaya: Jururawat (Hospital Bukit Mertajam)
Anak-anak: 2 orang

Yamaha Y15ZR – V1
Spesifikasi Motosikal: 150cc Block 63 20/23
Jenama: Yamaha Y15ZR (V1)
Tahun Pembuatan: 2015
Cover Set: Spray Can oleh TGBR inovasi dari Valentino Rossi & Petronas
Custom: Kepala depan menggunakan NVX (V2)
Dada Depan: Ducati Custom
Fork Depan: Up Side Down Jenama Kozii Racing
Swing Arm: Single Arm (RZ Racing)
FootRest: RZ Racing
Aksesori: Produk tempatan dan produk dari Indonesia
Suspensi: Depan Kozii Racing
Belakang Ohlin (adjustable)
Tayar/Rim:
Depan: 120/60-17
Belakang: 160/60-17
Jenis Rim: Kozii Racing(depan) & RZ Racing (Belakang)
Saiz Rim: F-3.0X17 / R-4.0X17
Jenis Tayar: Super Corsa
Jenis Exzos: HPSP Racing
Saiz: 32-35-53(Titanium)
Sistem Cengkaman:
Depan: Kozii Racing
Belakang: Brembo
ECU: ECU Shop
Klac Kering: PNP Racing
Enjin: Pengubahsuaian Enjin oleh Ayie Garaj

Previous Post

Perhimpunan Peminat Permotoran Nusantara, Gegarkan Pantai Timur

Next Post

Penganjuran Kali Kelima, Gegarkan Kubang Menerong!

Next Post

Penganjuran Kali Kelima, Gegarkan Kubang Menerong!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved