Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Irfan Kembali Menyengat, Helmi Kuasai Litar & Kemenangan Berganda Azroy!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-05-14
in BULETIN, UTAMA
0

MAM Malaysia Superbike Championship kembali menggegarkan persada sukan lumba motosikal dengan pusingan pertama untuk musim ini di Litar Antarabangsa Sepang. Irfan Adriansyah dari pasukan Honda NWN SCK Racing Team berjaya mengungguli Perlumbaan 2 untuk kategori MSBK250 A.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Muhd Muzakkir Mohamed dari pasukan Horizon Racing Team mendahului para pelumba lain diikuti Gerry Salim dari Honda NWN SCK Racing Team. Mengikuti rapat di belakang pula, pelumba dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing, Muhd Shahrol Syazras Shahrol Yuzy. Namun, pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Muhd Irfan Haykhal Amidi memecut dan menguasai perlumbaan selepas memasuki pusingan kedua.

Persaingan semakin sengit dan menyaksikan pertukaran posisi di setiap pusingan kerana para pelumba mula agresif untuk merampas peluang seterusnya berada di posisi paling atas. Di pusingan ketujuh, Irfan melakukan sedikit kesilapan dan membuatkan beliau tercicir sehingga ke posisi keempat.

Enggan mengalah, Irfan mula mencari rentak semula dan berjaya memintas ke depan seterusnya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 19’56:285s. Di tempat kedua telah dimenangi oleh Gerry Salim dengan catatan masa 19’56:338s dan Muhd Irfan Haykhal Amidi di tempat ketiga dengan catatan masa pada 19’56:346s.

Helmi Kuasai Pusingan 1
Md Helmi Azman, pelumba dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team sekali lagi mempamerkan kecemerlangan di litar dan menguasi perlumbaan 2 untuk kategori MSBK600.

Sepanjang perlumbaan, Helmi bersaing dengan dengan pesaing terdekatnya, Apiwath Wongthananon dari pasukan Yamaha Tekhne Racing Team Asia dan juga pelumba Honda Racing Thailand, Thanat Laoongplio. Helmi berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga teratas menjelang pusingan ketujuh. Manakala Apiwath dan Thanat terus bersaing sama sendiri untuk merebut tempat kedua.

Di pusingan kesembilan, Apiwath cuba memintas Thanat dan juga berusaha untuk merampas kedudukan Helmi, tetapi terpaks berputih mata apabila Helmi meningkatkan kelajuan dan memenangi perlumbaan dengan catatan masa pada 21’58:135s. Di tempat kedua, Apiwath dengan catatan masa pada 21’59:270s. Diikuti Thanat di tempat ketiga dengan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 22’01:261s.

Azroy Catat Kemenangan Berganda
Dua kemenangan dalam satu minggu yang sama dalam kategori MSBK1000 A, catatan manis oleh pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar.

Sepanjang perlumbaan, Azroy mengganas dengan merampas kedudukan pelumba dari Honda Racing Thailand, Nakarin yang mendahului perlumbaan. Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili pasukan Horizon Racing Team di tempat ketiga, mengekalkan kedudukannya dengan tenang sebelum memberikan tekanan kepada Azroy dan Nakarin.

Menjelang pusingan kesembilan, Nakarin terlajak dan memberikan ruang kepada Azlan yang mengambil peluang ini dan memecut ke hadapan sekali gus merampat posisi kedua, meninggalkan Nakarin di tempat ketiga. Di pusingan terakhir, Azlan berjaya merapatkan kedudukan dan berharap untuk memintas tetapi Azroy berjaya meningkatkan kelajuan.

Azroy meninggalkan Azlan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 21’27:597s. Manakal Azlan pula, mengakhiri persaingan di tempat kedua dengan catatan masa 21’27:840s diikuti Nakarin di tempat ketiga dengan catatan masa 21’31:121s.

TOP 3 Terpantas – Perlumbaan 2
MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (21’27:597s)
2. Azlan Shah Kamaruzaman – HORIZON RACING TEAM (21’27:840s)
3. Nakarin Atiratphuvaphat – HONDA RACING THAILAND (21’31:121s)

MSBK600
1. Md Helmi Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (21’58:135s)
2. Apiwath Wongthananon – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21’59:270s)
3. Thanat Laoongplio – HONDA RACING THAILAND (22’01:261s)

MSBK250 A
1. Irfan Ardiansyah – Honda NWN SCK Racing Team (19’56:285)
2. Gerry Salim – Honda NWN SCK Racing Team (19’56:338)
3. Muhd Irfan Haykhal Amidi – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (19’56:346s)

Previous Post

Penutup Syawal Paling Meriah

Next Post

Jalinan Persahabatan, Eratkan Ukhuwah

Next Post

Jalinan Persahabatan, Eratkan Ukhuwah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved