Setelah lama tidak berkumpul dan melakukan aktiviti bersama, satu aktiviti santai menghimpunkan kembali para peminat 2 roda berjaya dianjutkan. Sesi ride santai yang turut disertai wakil Roadstar ini telah diusahakan oleh CaretaTV dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.
Diadakan pada pagi Ahad di Kedai Kopi D.M.J Generasi ke-3 (D’Mara Ipoh), para peserta yang hadir turut mematuhi dress code untuk tampil kacak. Para peserta meronda pusing-pusing sekitar pekan Ipoh serta beberapa lokasi yang menjadi tarikan pelancongan di sini termasuk Ipoh Town Hall, Dataran DBI dan Hotel Kinta Riverfront.
Menurut En.Dyno Shahril selaku penyelaras program, aktiviti riadah secara santai ini bertambah meriah dengan penyertaan rakan-rakan bikers lain. Antaranya seperti Custombike Ipoh, British Bike Perak, Vesperado Ipoh, The Rusty factory dan juga Retrobike Ipoh.
Disediakan oleh
Gambar : Mohd Razalli Mohd Alwi
Teks : En. Bob