Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Inspirasi Dari Perlumbaan 24 Jam Perancis

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-06-14
in BULETIN, UTAMA
0


Bagi peminat motosikal, perlumbaan Le Mans 24 Hours pasti tidak asing lagi dalam kalendar tahunan sukan permotoran. Perlumbaan tahunan yang berlangsung di litar Le Mans Perancis mula diperkenalkan sejak dari tahun 1923. Sehingga ke hari ini, ia mencabar ketahanan jentera dan stamina para pelumba yang memerlukan fokus tanpa henti selama 24 jam untuk menamatkan perlumbaan. Hanya pelumba yang memiliki kemahiran terbaik, diikuti pengalaman yang luas, jentera yang pantas, memiliki ketahanan enjin dan kelengkapan terbaik mampu memenangi perlumbaan berprestij dan bertaraf dunia ini.

Antara pasukan yang paling menyerlah dan terkenal dalam perlumbaan ini semestinya Pasukan Gulf Racing. Dengan rekod kemenangan dalam era 90an seawal tahun 1930 sehingga ke era moden hari ini. Pelbagai model jentera digunakan oleh pasukan jenama minyak automobil dunia itu termasuk Ford GT40, Porsche 917 dan Aston Martin DBR9.

Pasukan Gulf Racing dengan warna tema biru dan oren mula menjadi status ikon setelah pasukan itu muncul sebagai subjek utama dalam filem “Le Mans” yang dilakonkan oleh pelakon legenda Hollywood, Steve McQueen pada tahun 1971.

Warna dan status ikon yang ada pada Gulf Racing Team ini turut menjadi sumber ilham dan inspirasi untuk pemilik Yamaha XMax 250 ini. Disebabkan minat yang mendalam terhadap pasukan ini, Ihsan Ismie Ishak atau lebih mesra dengan panggilan Ihsan, seorang pengusaha syarikat tenaga kerja yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan kini menetap di Pulau Pinang, mengambil keputusan untuk mengabadikan warna tema dan kemasyhuran pasukan Gulf Racing Team ke atas jentera Maxi Skuter keluaran Yamaha beliau. Motor yang dibeli pada tahun 2019 ini tidak menunggu lama untuk dilakukan sesi ubahsuai.

Ihsan mula melakar corak dan memilih warna yang sesuai dengan warna tema Pasukan Gulf seawal sebulan sebelum dihantar untuk dicat mengikut kehendak rekaan beliau. Ternyata bukan kerja yang mudah untuk memindahkan dan menggabungkan rekaan “racing stripe” dari beberapa buah kereta lumba ke atas sebuah motosikal skuter Yamaha XMax.

Untuk mendapatkan hasil yang paling memuaskan hati, kepercayaan dalam tugas mengecat telah diserahkan kepada Yam Airbrush dengan menggunakan teknik “airbrush”. Yam Airbrush yang memiliki pasukan Yam Honda Racing pastinya tidak asing lagi jika anda merupakan peminat Cub Prix Malaysia. Selain itu, Yam Airbrush juga merupakan pereka helmet pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi atau dengan nama litarnya “SuperKIP”.

Setelah proses rekaan yang memakan masa selama sebulan oleh Ihsan sendiri, proses mengecat pula memakan masa 2 minggu oleh Yam Airbrush telah membuahkan hasil sangat menarik. Gabungan warna biru oren dan logo ikon Gulf, sudah tentu menjadi perhatian ramai semasa jentera Yamaha Xmax ini berhenti di lampu isyarat mahupun semasa meluncur laju di jalanan.

Dari segi prestasi buat masa sekarang (setakat artikel ini ditulis), Ihsan memilih untuk mengekalkan enjin stok berkapasiti 249cc dengan hanya melakukan sedikit pengubahsuaian ke atas sistem CVT bagi meningkatkan prestasi “pick-up” dan “top”. Kelajuan maksima yang berjaya dicapai setakat ini ialah 150km/j sudah cukup memadai untuk mengikuti konvoi jelajah negeri dan juga apabila perlu bergegas ke sesuatu destinasi dalam masa yang terpantas mungkin. Pengubahsuaian ke atas sistem CVT dilakukan oleh bengkel yang khas mengubahsuai skuter iaitu Scootelized yang bertempat di Nibong Tebal.

Untuk sistem brek, Ihsan memilih Frando Braking System untuk caliper depan dan belakang. Caliper 4 pot Forged HF2 Radial Frando dan caliper 2 pot CNC untuk brek belakang. Selain dari caliper, heavy duty lightweight brake disc keluaran Frando Malaysia yang lebih ringan dan lebih tinggi ketahanannya juga ditukar untuk menggantikan disc brek stok Yamaha.

Sistem brek yang digunakan XMax Gulf ini dibekalkan oleh pengedar utama Frando Malaysia, iaitu IL Cattivo Performance Auto Parts. Pilihan jenama Frando berbanding jenama lain adalah berdasarkan kajian, konsultasi, warranty dan kualiti yang dijamin oleh pihak pengedar. Frando Malaysia menjanjikan prestasi cengkaman terbaik dalam sistem brek samada memerlahankan jentera sebelum mengambil selekoh atau semasa brek mengejut bila diperlukan. Sistem ekzos pula adalah jenama yang dikenali ramai Akrapovic Full System untuk pecutan yang lebih lancar dan bunyi yang menarik tanpa membingitkan pengguna kenderaan lain.
Seterusnya, beralih kepada keselesaan tunggangan dan cengkaman jalan lurus atau selekoh, gabungan suspensi depan jenama Thailand YSS Fork Kit dan RCB Premium VD Series dengan 3 mod pemboleh-laras untuk suspensi belakang digunakan. Dengan menggunakan tayar Diablo Rosso keluaran Pirelli, gabungan ini membolehkan penunggang lebih yakin semasa memasuki selekoh tajam atau selekoh berkelajuan tinggi.

Untuk lebih menstabilkan lagi jentera XMax kesayangannya, Ihsan membuat pengubahsuaian dengan memasang 2 strut bar pada bahagian tengah dan belakang rangka. Perbezaan kawalan dapat dirasakan lebih-lebih lagi semasa menghadapi 2 selekoh S tajam dan double apex. Tidak banyak perubahan dilakukan di bahagian enjin. Cuma menukar throttle body 40mm dari TDF motorsport dan masih dengan block juga cam standard XMax.

Ihsan yang juga merupakan ahli group XMax Owners Club Malaysia (XOCM), Northern XMax Owners (NXO) dan Yamaha XMax Extreme Team (YXET) akui bahawa keadaan trafik sekarang dengan bertambahnya kenderaan berat, maxi skuter Yamaha XMax yang sangat ekonomi dari segi penggunaan bahan api, dengan keluasan bawah kusyen yang menjadi pilihan Ihsan samada untuk kegunaan harian ataupun untuk sesi mencari ketenangan berkonvoi bersama rakan-rakan beroda dua ke destinasi jauh atau dekat.

Akhir kata daripada Ihsan, tunggang dengan cermat dan selamat, laju biar bertempat, ingatlah orang yang tersayang. #DuaRodaTiadaKasta

Previous Post

Berjaya Mengatasi Cabaran Dan Muncul Juara

Next Post

Menikmati Raja Buah Sambil Cuci-Cuci Mata

Next Post

Menikmati Raja Buah Sambil Cuci-Cuci Mata

CAPAIAN

  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved