Kerajaan Republic Indonesia telah membuat perancangan yang berpandangan jauh apabila mengumumkan penjualan motosikal elektrik yang baharu sahaja bermula tahun 2040. Penjualan kereta elektrik baharu pula akan bermula daripada tahun 2050.
Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk keempat teramai di dunia. Dalam pada itu, purata jualan motosikal mencapai 6.5 juta unit sebulan. Bancian 2019 mendapati bahawa terdapat seramai 112 juta motosikal di negara itu.
Oleh yang demikian, mereka terpaksa berdepan dengan masalah pencemaran serta kesesakan lalulintas di tengah bandar-bandar, khususnya di Jakarta, Medan dan sebagainya. Justeru itu, kerajaan Indonesia berharap agar penggunaan kenderaan elektrik dapat menyelesaikan masalah pencemaran.
Selain daripada itu, Indonesia merupakan antara pengeluar laterit nikel yang terbesar. Bahan ini menghasilkan lithium iaitu bahan yang digunakan di dalam bateri. Indonesia berharap dapat menjadi hub pengeluar bahan tersebut di rantau ini dan mereka akan bukakan permintaan di negara sendiri terlebih dahulu.
Kenderaan sedia ada yang menggunakan bahanapi fosil pula akan dibiarkan berfungsi sehingga akhir hayat. Pembeli kenderaan elektrik (atau “listrik” dalam Bahasa Indonesia) akan mendapat berbagai insentif.
Sumber: Reuters / Jakarta Post