Jika anda perhatikan, terlalu banyak pilihan tayar motosikal yang terdapat dijalanan pada hari ini. Dari tayar dalam segmen kapcai sehingga ke tayar berprestasi tinggi untuk kegunaan motosikal berkuasa tinggi atau jentera perlumbaan.
Bagi merangkumi semua fakor di atas, tayar FDR antara pilihan paling tepat merangkumi elemen seperti di atas. Sama ada untuk jentera berprestasi tinggi mahupun pilihan pemilik skuter pada hari ini. Juga terdapat model bagi pengguna jentera berkuasa tinggi,
FDR merupakan tayar motosikal premium buatan Indonesia adalah pilihan terbaik malah jenama yang setanding dengan jenama antarabangsa yang lain menghasilkan produk tayar ini hasil kerjasama bersama pengeluar tayar terkemuka seperti Continental, Shinko dan juga Yokohama.
Tidak sekadar itu, tayar FDR yang diedarkan oleh MKA Motorparts (M) Sdn. Bhd merupakan tayar perlumbaan bagi siri kejuaraan Indonprix dan Motoprix Indonesia ketika ini merupakan pilihan No,1 pengguna tayar motosikal di negara jiran ini.
Tiga model pilihan yang ditawarkan oleh FDR ialah tayar bagi model underbone (kapchai) /siri sport bike, tayar Racing (Perlumbaan) dan tayar bagi jentera skuter.
Bagi pemilik kapchai segmen premium seperti Honda RS150R, Yamaha Y15ZR atau SYM VF3i, pilihan yang ditawarkan FDR adalah Sport XR Evo, Blaze, Flemmo Pro, dua pilihan bunga tayar bagi model Genzi Pro dan Spartax.
Model Sport XR Evo merupakan tayar bagi kategori Sport Touring Compound bermula dari saiz 80/88 hingga 130/70-17 manakala Genzi Pro adalah tayar bagi kategori Street Road Compound bermula dari saiz 70/90-17 hingga 120/80-17.
Sementara, bagi mereka menjadikan jentera sebagai mesin perlumbaan anda boleh memilih empat model tayar FDR Perlumbaan yang dikhaskan bagi mereka yang mahu beraksi di atas trek biasa atau litar tarmac.
Untuk model perlumbaan, anda boleh memilih empat pilihan model terkini iaitu Drax Slick, Sport MP 27, Sport MP 57 dan Sport MP 76. Dua model Sport MP 27 dan Sport MP 57 merupakan tayar kategori perlumbaan soft compound (semi slick) dan sering digunakan pada perlumbaan Indonprix dan Motoprix di Indonesia.
Sementara bagi pemilik skuter, anda boleh mencuba dua pilihan tayar terbaharu FDR iaitu model Sport XR Evo dan Sport Evo dengan kedua-dua hanya berbeza dari lakaran bunga tayar namun mempunyai saiz yang sama bermula dari saiz 80/80-14 hingga 140/80-14.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/