Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-16
in BULETIN, UTAMA
0

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata mereka yang disabitkan dengan kesalahan juga boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.

“Kita sudah mencadangkan kadar penjara maksimum dengan pindaan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.

“Kadar denda dicadangkan dinaikkan maksimum RM20,000 sekarang kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua boleh dikenakan denda RM150,000.

“Tempoh penggantungan lesen juga dicadang dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun,” katanya ini, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Ka Siong berkata, hukuman baharu itu membabitkan pindaan Seksyen 41 hingga 45 Akta 333 yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

“Saya memberi sedikit gambaran apa yang dipinda nanti sudah tentu tempoh penggantungan lesen (memandu), kadar denda dan hukuman penjara akan dikenakan manakala penjara akan dicadangkan sebagai hukuman mandatori,” katanya.

Beliau berkata, turut dicadangkan dalam pindaan Akta 333 kelak ialah memperluaskan bidang kuasa penguatkuasaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berbanding hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini. Mengakui polis menjalankan tugas dengan baik, Ka Siong menegaskan, kuasa wajar diberi kepada pegawai JPJ untuk turut menguatkuatkuasakan undang-undang.

“Kabinet setuju memperluaskan penguatkuasaan kepada JPJ menangkap mereka yang mabuk,” katanya.
Ka Siong berkata, kerajaan sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Daripada 35 mikrogram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 80 mg alkohol dalam 100 ml darah atau 107 mg alkohol dalam 100 ml air kencing kepada 22 mg alkohol dalam 100 ml nafas; 50 mg alkohol dalam 100 ml darah atau 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah menyemak draf Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan akan dibentangkan untuk persetujuan Kabinet pada 17 Julai ini, sebelum dibentang ke Parlimen. Pada sidang media selepas itu, Ka Siong berkata, pindaan terhadap Akta 333 adalah bukti kerajaan serius menangani isu pemandu mabuk, termasuk yang boleh menyebabkan kematian.

“Amaran kita, kalau sudah mabuk dan mengambil alkohol jangan memandu. Kita tak cabuli hak orang ramai, ini bagi mereka yang minum, kalau minum jangan bawa (kenderaan),” katanya. – Berita Harian.

Previous Post

BMWMCM Utara Ride Syawal & Makan Durian Yang Pertama Selepas PKPB

Next Post

CMC Tekken 250 Sahut Cabaran!

Next Post

CMC Tekken 250 Sahut Cabaran!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved