Sejak musim pandemik melanda, kebanyakan jenama motor melancarkan motor terbaharu mereka menerusi pelancaran secara maya. Namun, berbeza keadaannya di China yang mana ketika ini sedang berlangsungnya Shanghai Auto Show.
Ekoran penganjuran auto show yang dikatakan terbesar di dunia ini, pelbagai jenama automotif mengambil kesempatan menggunakan platform ini melancarkan model masing-masing termasuklah Honda yang mendedahkan motor CB400X and the CB400F di sana. Honda menyasarkan pasaran lebih luas untuk para pengguna motosikal di Jepun menggunakan motor bersesaran kurang dari 400cc.
CB400X dikatakan mengambil inspirasi dari CB500X dengan lampu hadapan baru dengan rekaan motor yang jauh lebih kecil. Lampu hadapan CB400X tidak setajam CB500X tetapi memang ada persamaan. Dilengkapi beberapa instrumen digital yang sama seperti CB500X dari windscreen, roda aloi dan gaya yang telah dikemaskini. Untuk pakej 2021 ini, suiz lampu hazard telah ditambah.
Manakala untuk CB400F turut menerima kemaskini yang sama dengan CB400X 2021. Tidak seperti CB400X, ia didatangkan dengan dua tempat duduk yang terpisah untuk persona yang lebih sporti. Ia juga tampil lebih muskular. Berbanding X, 400 ini didatangkan dengan pemegang bar yang rata untuk postur penunggangan yang lebih agresif.
Sumber : Bikedekho