Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sikap Penunggang Motosikal Undang Kemalangan?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-23
in BULETIN, UTAMA
0

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih 1.2 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia, dengan antara 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya. Di Malaysia, penunggang motosikal kelompok kedua terbesar pengguna jalan raya. Statistik juga melaporkan angka kecederaan dan kematian tertinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Persoalannya, kenapa bilangan pengguna motosikal tinggi? Motosikal adalah kenderaan mampu milik. Di kampung, motosikal kenderaan pertama digunakan keluarga berkemampuan rendah atau sederhana untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. Hari ini, masih dilihat di luar bandar, desa dan kampung kanak-kanak belum memiliki lesen memandu sudah pun mengendali motosikal.

Budaya ini sebati dengan rakyat kita. Ini berlanjutan ke peringkat pengajian tinggi, di mana rata-rata pelajar menggunakan motosikal ke universiti. Apabila bekerja, kenderaan pertama mampu dibeli juga adalah motosikal. Dengan kehadiran COVID-19, pengangguran dan kesesakan ekonomi lebih parah. Penunggang motosikal meningkat kerana kos penyelenggaraannya lebih rendah.

Trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia, malah di United Kingdom (UK). Untuk yang bekerja jarak jauh juga, motosikal jadi pilihan kerana kos minyak rendah dan tiada keperluan untuk membayar tol. Kita juga melihat pertambahan penunggang penghantar makanan. Untuk golongan berpendapatan tinggi pula, motosikal berkuasa besar menjadi satu hobi digemari. Kebanyakan mereka golongan profesional dan hobi menunggang menjadi teknik beriadah serta bersosial.

Namun, kelompok terbesar penunggang adalah bagi kategori 250cc ke bawah dan ini termasuklah penunggang ‘kapcai’. Ada yang menggunakan motosikal dimodifikasi (untuk kelajuan) di jalan raya dan ia berbahaya kepada pengguna lain. Sikap berlumba semasa di jalanan juga membahayakan diri dan pengguna lain serta memberi imej buruk penunggang motosikal kepada rakyat jelata.

Hakikatnya, tidak semuanya kaki rempit kerana ramai lagi menunggang motosikal untuk keperluan lain, termasuk mencari rezeki. Realitinya, sikap memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gaya menunggang motosikal sama selamat atau sebaliknya. Dalam pada itu, keadaan lorong motosikal juga banyak menerima kritikan. Selain terlalu sempit dan tidak sesuai untuk motosikal besar, laluan kerap banjir dan hanya selamat digunakan pada kelajuan sehingga 70 kilometer sejam (km/j) menggunakan kapcai.

Menunggang terlalu perlahan di lorong sempit ini juga menyukarkan pengguna lain kerana mengundang risiko apabila terpaksa memotong. Risiko lain termasuk laluan tidak diselenggara dengan baik, kemungkinan disamun serta keadaan laluan berliku dan sangat gelap. Tanda keselamatan juga tidak dipasang dengan baik, menyebabkan kekeliruan pengguna. Dalam waktu sesak iaitu awal pagi dan balik kerja, laluan ini sangat sesak dan membahayakan pengguna.

Untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran (setara antarabangsa) kepada penunggang motosikal, kursus defensive riding patut dilaksanakan pengusaha kelas memandu dan dijadikan kursus asas seperti dijalankan di UK. Mungkin juga pendidikan keselamatan jalan raya boleh diterapkan dalam silibus sekolah menengah kerana di sinilah kerapnya pelajar menggunakan motosikal untuk ke sekolah.

Previous Post

Honda CB400X dan CB400F Di Shanghai Auto Show 2021

Next Post

Ekzos Motosikal Bising Punca Remaja Dipukul

Next Post

Ekzos Motosikal Bising Punca Remaja Dipukul

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved