Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Himpunan Pencetus Fenomena Di Bawah Satu Bumbung

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-03-12
in BULETIN, UTAMA
0

https://roadstarmag.com/wp-content/uploads/2020/03/89097421_805091706645677_5025728029767237632_n.mp4

Hampir 2,500 buah motosikal berjaya dihimpunkan sepanjang berlangsungnya program Fenomena Super Moped yang diadakan pada 8 Mac lalu di RTC Gopeng, Perak. Program yang menghimpunkan pelbagai motosikal kapcai berkapasiti 135cc hingga 185cc ini merupakan usaha dan anjuran Retro Street Perak diketuai En. Ahmad Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fuad Ipoh.

Dianjurkan dengan usahasama dan kerjasama dengan pihak pengurusan RTC Gopeng, program ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para peminat motosikal kapcai. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mendidik kumpulan peminat motosikal ini menjauhi gejala negatif seperti merempit yang membahayakan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah menyusahkan orang lain.

Bagi memastikan program ini dapat mencapai objektif penganjurannya, pihak penganjur telah menyediakan serta menyusun pelbagai aktiviti menarik. Antara yang disediakan termasuk gerai-gerai, terdiri dari 28 peniaga yang menjual aksesori motosikal, alat ganti dan macam-macam lagi. Ini diikuti dengan sesi pemanduan berhemah oleh En. Wazi Abd Hamid dan penerangan cara menunggang dengan selamat.

Bagi menghangatkan lagi tapak program, penganjur turut menyediakan pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik. Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan motoshow, pertandingan ekzos paling kuat, teka kacang dan juga Cabutan Bertuah. Bukan itu sahaja, program dimeriahkan lagi dengan pameran motosikal, persembahan qasidah dari anak-anak Maahad Tahfiz Parit dan juga dikir barat Perak.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur serta para penaja yang sudi menaja penganjuran Fenomena Super Moped 2020 ini dengan menaja hadiah-hadiah untuk segmen Cabutan Bertuah. Antara jenama yang menaja program ini termasuk CK Motorworld, Sing Yik Motors, Sky Tyre, Maju Mega Bike, Dynotech, Peiso Motor Garage, Koyoko, Kenda, MHR Helmet dan majalah Roadstar. Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang autoshow dan cabutan bertuah. Tahniah, sehingga jumpa lagi di masa akan datang.

Perkongsian : Fuad Ipoh
Disediakan oleh : Pak Art

Previous Post

Pusingan Pembukaan Musim 2020

Next Post

DAR - MUSC Malaysia Drag Racing Championship Road Tour 2019

Next Post

DAR - MUSC Malaysia Drag Racing Championship Road Tour 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved