Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hayati Peninggalan Sejarah, Hargai Perjalanan Indah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-29
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena menutup tahun 2023, kelab permotoran NVOG telah mengadakan ekspedisi jelajah Sumatera Barat yang bermula dari Padang sehingga Bukittinggi. Destinasi ini terkenal dengan permukaan muka bumi yang berbukit bukau dan diiringi pemandangan sangat indah menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia.

Hari Pertama – 16 Disember 2023
Sekitar pukul 6.40 pagi, para peserta menaiki pesawat di KLIA dan berlepas meninggalkan Malaysia pada pukul 7.20 pagi.

Penerbangan menuju terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan tiba sekitar pukul 7.25 pagi waktu Indonesia. Disebabkan cuaca agak mendung, penerbangan sedikit terkesan akibat air turbulence yang tidak terlalu ekstrem). Sebaik sahaja tiba, para peserta perlu melalui proses dokumentasi imigrasi dan kastam. Walaupun agak ramai penumpang semasa ketibaan, proses berjalan dengan agak lancar.

Para peserta disambut team Pak Danial dengan menaiki bas (coach) dari daerah Pariaman Bandar Minangkabau. Singgah sebentar di warung tepi jalan untuk mengambil sarapan pagi. Sebaik selesai bersarapan, para peserta bertolak ke Hotel Rangkayo Basa untuk menjemput rakan bikers yang tiba lebih awal sehari sebelumnya.

Urusan kemaskini SIM card Indonesia berjalan lancar. Memandangkan masa untuk mendaftar masuk masih terlalu awal, para peserta telah ke Malin Kundang untuk melihat tapak sejarah. ATV telah digunakan untuk meninjau kawasan sekitar pantai Air Manieh. Lebih kurang 12.30 tengah hari, para peserta dibawa ke Kedai Makan Nasi Padang Lamun Ombak yang menghidangkan nasi padang terbaik.

Seterusnya, para peserta dibawa ke hotel untuk urusan mendaftar masuk dan berehat. Pada lewat petang, para peserta dibawa keluar ke sekitar Pekan Padang untuk bersiar-siar dan sempat singgah di beberapa kedai menjual kraftangan dan produk makanan. Kemudian, mereka ke Medan Ikan Bakar berhadapan pesisir pantai Padang.

Urusan penerimaan motosikal bermula selepas jam 9.00 malam. Para peserta menerima motosikal selepas pemeriksaan fizikal keadaan motosikal dibuat masing-masing. Semua telah kembali untuk berehat sebelum memulakan pergerakan di awal pagi ke Bukittinggi.

Hari Kedua – 17 Disember 2023
Bersarapan di Rangkayo Basa Hotel, selesai semua persiapan dan pemeriksaan keadaan motosikal serta sesi penerangan oleh Tuan Misai, Abang Osman Klang juga saudara Fazrul, para peserta mula bergerak ke Bukittinggi. Perjalanan agak sibuk ekoran waktu puncak di Pekan Padang, namun semuanya berjalan lancar atas pengalaman semua riders dan juga marshall yang menjadi jurupandu.

Di perhentian seterusnya, para peserta singgah di Lembah Anai. Air terjun yang terletak di tepi jalan. Sebelum ke Bukittinggi untuk sesi bergambar dan meneruskan perjalanan ke Minang Kayo, toko pembuatan kulit yang agak terkenal di daerah Padang. Perjalanan diteruskan dan kali ini menuju ke Desa Terindah Periangan. Desa ini terkenal dengan keindahan landskap dari tanah tinggi Periangan.

Atas faktor masa tidak mengizinkan kami terpaksa melangkau Danau Singkarak untuk meneruskan perjalanan ke Kilang Kopi Kiniko. Para peserta tiba agak lewat dan disambut dengan deruan hujan serta jalan raya yang kurang baik diikuti trafik yang agak sesak di lewat petang. Di Kilang Kopi Kiniko ini, para peserta berkesempatan menikmati minum petang kopi tempatan yang terkenal di sini dan menjamu pisang goreng.

Para peserta sempat singgah di Istana Pagaruyong untuk bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Bukittinggi dengan iringan hujan yang tidak berhenti. Para peserta menikmati makan malam sebelum urusan mendaftar masuk ke Hotel Mersi.

Hari Ketiga – 18 Disember 2023
Selepas bersarapan, para peserta bergerak ke laluan Bukittinggi PayaKumbuh dan meluncuri jalan ke Kelok 9 untuk menikmati pemandangan jambatan jalan raya berbentuk 9 untuk bergambar dan menikmati jagung bakar dan kuih muih. Semasa dalam perjalanan ke Kelok 9, cuaca agak kurang baik dari Bukittinggi telah hujan semalaman.

Destinasi Desa Harau terpaksa dibatalkan kerana kawasan terbabit dinaiki air separas dada. Perjalanan diteruskan ke Gua Gharau di PayaKumbuh selepas menikmati hidangan tengahari. Dalam perjalanan pulang ke Hotel Bukittinggi, para peserta sempat juga singgah di Pemandangan Sinaok dan masuk ke Gua Lobang Jepang untuk bergambar. Para peserta diberikan penerangan tentang pembinaan gua tersebut ketika perang dunia kedua oleh tentera Jepun.

Selepas selesai makan malam, masing-masing memilih untuk bersantai di Pekan Bukit Tinggi dan ada juga yang pulang ke hotel dan berehat.

Hari Keempat – 19 Disember 2023
Selesai sarapan, para peserta bersiap untuk mendaftar keluar dari hotel dan pulang ke Padang. Perjalanan kali ini melibatkan Puncak Lawang untuk sesi bergambar, Kelok 44 yang benar-benar mencabar di mana hampir kesemuanya selekoh patah diikuti pula keadaan jalan yang kurang baik, kiri dan kanan berlubang sehingga ke Tasik Meninjau.

Para peserta ke rumah Buya Hamka, salah seorang ulama dan cendekiawan terkenal di Indonesia. Kedatangan para peserta disambut oleh anak bongsu beliau yang turut memberi penerangan tentang sejarah Hamka. Selesai sesi melawat Muzium Hamka, para peserta pulang ke Padang menerusi kawasan Pariaman serta sempat singgah untuk bersolat di Masjid Pariaman dan pulang ke Hotel Rangkayo Basa.

Di sebelah malam, para peserta menikmati hidangan makan malam terakhir. Sebaik pulang ke hotel, para peserta menyerahkan kembali motosikal dan berehat sebelum pulang ke Malaysia pada awal pagi esoknya. Sekitar pukul 5.00 pagi, para peserta bersiap ke lapangan terbang Minangkabau untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pertama dari Padang.

Sedikit kisah dan coretan sepanjang berada di Padang dan Bukittinggi. Kesemua selamat tiba dan pulang ke destinasi masing-masing pada lewat petang 20 Disember 2023.

Perkongsian;
Fazrul Shahril

Previous Post

Sedia Berkhidmat Di Seluruh Semenanjung Malaysia

Next Post

Bendera Berkibar Di Motor Antik, Sokongan Berterusan Tanpa Henti

Next Post

Bendera Berkibar Di Motor Antik, Sokongan Berterusan Tanpa Henti

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved