Kisah berlaku di Tennessee yang terletak di Amerika Syarikat, di mana sekumpulan perompak telah memasuki sebuah kedai wakil pengedar Harley Davidson dan cuba membawa lari beberapa buah motosikal. Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi itu menyaksikan, perompak telah merempuh pintu depan beberapa kali untuk memecahkannya.
Menurut polis, tiga orang dari kumpulan itu berjaya membawa keluar motosikal tetapi dua lagi gagal selepas sebuah motosikal Harley Davidson tersangkut. Kedua-dua perompak itu dilihat melarikan diri menerusi rakaman CCTV.
Manakala pemilik Apple Harley-Davidson berkata, tiga dari motor yang dicuri adalah motor consignment dan satu motor lagi motosikal buatan kustom. Kejadian ini menandakan kali ke-12 di mana para pengedar Harley Davidson menjadi sasaran perompak dalam masa beberapa bulan ini.
Namun, ia adalah kali pertama berlaku di Tennessee. Lain-lain tempat termasuk di Illinois, Indiana, Alabama dan Kentucky.
Sumber : yourbasin.com