Sempena Yamaha Day pada 1 Julai lalu, hari istimewa untuk ‘keluarga’ besar Yamaha ini turut disambut oleh para pengedar Yamaha seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan, Chin Hin Motor Jitra yang menjayakan Yamaha Day ini di cawangannya di Sungai Petani.
Selain menandakan satu lagi tahun yang penuh gemilang Yamaha, ia juga diadakan bertujuan untuk meraikan sertai menghargai para pelanggan di kawasan Utara khususnya Sungai Petani. Acara sambutan ini dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dengan upacara memotong kek Yamaha Day.
Bagi menghargai kehadiran para pelanggan, kempen Servis Percuma turut diadakan untuk pengguna jentera Yamaha. Acara dimeriahkan lagi dengan program Konvoi Jentera Yamaha bersama Rudy Norman dari Geng Tayar Besar. Segmen Karaoke yang diadakan menghangatkan lagi acara, di mana para pelanggan berpeluang menunjuk bakat terpendam.
Dalam kemeriahan meraikan Yamaha Day, pihak Chin Hin Motors tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik dengan menjemput Anak-Anak Yatim Daerah Kuala Muda untuk Sesi Yamaha Cares X CHJ Prihatin Charity. Para pengunjung juga dapat menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan khas oleh pihak CHJ Motors.
Namun, segmen yang dinanti-nantikan semestinya Cabutan Bertuah yang diadakan sempena “Kempen Anda Beli, Kami Payung” dan seramai 20 pelanggan CHJ yang bertuah telah terpilih. Sekitar pukul 5.00 petang, acara melabuhkan tirai dengan meraikan pemenang bertuah. Semoga Yamaha terus maju jaya dan lebih banyak program meraikan pelanggan diadakan di masa hadapan!