Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

HADR with Showa Sedia Gegar Musim 2020

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-12-16
in BULETIN, UTAMA
0


Honda Asia Dream Racing (HADR) with SHOWA mengimpikan untuk terus mengorak langkah dalam misi untuk menakluk kejuaraan motosikal Asia bagi musim 2020.

Untuk rekod musim 2019, HADR with Showa tetap berpuas hati dengan pencapaian di tempat ke-4 keseluruhan dan kejayaan yang diraih oleh Zaqhwan apabila berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kelas ASB1000cc siri Kejuaraan Asia Road Racing meskipun terpaksa bersaing secara solo.

Sebagai langkah untuk memenuhi misi menjadi pasukan gergasi di rantau Asia, pasukan HADR with Showa memperkenalkan barisan pelumba baharu yang akan membawa cabaran mereka di ARRC musim depan.

Lebih menarik, kesemua pasuakan di bawah HADR with Showa bakal menggunakan jentera baharu, Honda CBR1000RR-R untuk mengharungi saingan musim 2020 nanti yang turut dilancar dalam satu majlis penuh bersejarah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Asian Honda Moto Co Ltd, Atsushi Ogata dan pasukan HADR with Showa dari A.P. Honda Co., Ltd (Thailand), Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd (India), PT Astra Honda Motor (Indonesia), Honda Vietnam Co., Ltd (Vietnam), Honda Philippines inc. (Philippines), Honda Australia Motorcycle and Power Equipment Pty., Ltd (Australia) serta Boon Siew Honda Sdn. Bhd dari Malaysia.

Bagi kem Malaysia, pasukan tersebut masih memberi kepercayaan kepada Zaqhwan untuk menjadi tonggak pasukan dan pelumba asal Selangor itu bakal bergandingan dengan Gerry Salim dari Indonesia yang pernah bergelar juara keseluruhan ARRC kelas AP250cc pada musim 2018.

Pemilihan Gerry untuk bergandingan dengan Zaqhwan dilihat sebagai kombinasi mantap kerana dua pelumba ini memiliki reputasi tersendiri dalam karier masing-masing.

Untuk rekod, Zaqwan pelumba berusia 24 tahun yang memulakan karier sebagai pelumba pada tahun 2014 (juara Kejuaraan Asia Road Racing – kelas SS600, juara CP130 cub prix kebangsaan) menduduki tangga ketiga keseluruhan siri Kejuaraan Asia Road Racing tahun 2019.

Manakala Gerry Salim, pelumba Indonesia berusia 22 tahun telah berkecimpung dalam dunia motosikal bermula pada tahun 2015 dengan rekod muncul juara kebangsaan Indonesia (kategori SS600) tahun 2016 dan juara AP250 pada Kejuaraan Asia Road Racing pada tahun 2017 selain memiliki pencapaian hebat di CEV Moto 2 Kejuaraan Eropah dengan menduduki tempat ke-16 keseluruhan musim 2019.

Sementara itu, bekas pelumba yang pernah mencipta nama di pentas MotoGP, Makoto Tamada terus diberi kepercayaan untuk musim kedua dalam pasukan ini untuk terus membimbing pasukan muda ini.

Dengan menggunakan jentera terbaharu Honda CBR 1000RR-R, HADR with Showabakal menjadi pasukan yang akan menjadi perhatian di pentas Asia pada musim depan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi kembali menjadi antara pasukan terbaik di rantau ini. Kami juga mempunyai beberapa perancangan bagi memastikan pasukan ini lebih berdaya saing pada musim 2020 nanti.

“Kami yakin, gandingan Zaqwan dan Gerry Salim dalam pasukan untuk cabaran musim 2020, akan memperkuatkan lagi kempen kami pada musim baharu nanti,” jelas Tamada ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan pasukan dan jentera baharu Honda di Sepang baru-baru ini.

Previous Post

Club Antique Motor Kulim Berkonvoi ke Pantai Timur

Next Post

WARNA BAHARU, TAMPIL BERGAYA

Next Post

WARNA BAHARU, TAMPIL BERGAYA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved