Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hadiah Lumayan Menanti Rakan Penghantar Grab!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-11
in BULETIN, UTAMA
0

Grab Malaysia melancarkan kempen yang membolehkan warga Malaysia memperoleh pendapatan sampingan menerusi platformnya serta peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000. Sejumlah 166 hadiah bakal dimenangi menerusi Peraduan Rider Raya Bergaya, – dan Hadiah Utama berupa sebuah motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani pelumba MotoGP tersohor negara, Hafizh Syahrin, serta lima hadiah kedua setiap satu bernilai RM10,000 wang tunai atau bitcoin.

Hadiah wang tunai saguhati RM1,000 dan RM500 juga akan diberikan kepada pemenang bertuah. Dari 24 April hingga 31 Mei 2021, rakan-penghantar baru dan sedia ada, yang mendaftar atau merujuki rakan-rakan mereka untuk menyertai platform Grab juga akan menerima peluang penyertaan. Rakan-penghantar berpeluang memenangi hadiah hebat dengan hanya melengkapkan slogan. Susulan tahun yang mencabar, Grab berhasrat untuk terus memberi peluang pendapatan yang stabil bagi mereka yang menyertai Grab. Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mampan dan produktif.

“Misi Grab sejak mula lagi, adalah untuk memperkasa warga Malaysia dengan mencipta peluang pendapatan yang selamat, saksama dan inklusif. Tahun lepas sahaja, Grab mengalami pertumbuhan ketara di kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar.

Kami komited sepenuhnya untuk memastikan platform ini terus membuahkan hasil dan memain peranan penting demi menyokong isi rumah warga Malaysia,” jelas Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara adalah 4.8% atau 777,500 orang pada Februari 2021. 1Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu warga Malaysia, bukan sahaja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, bahkan menyedia peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan di waktu yang mendesak.

Lebih Banyak Manfaat Untuk Komuniti
Selain menyedia peluang pendapatan, Grab kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengemudi tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakan-penghantarnya. Menerusi program GrabBenefits, untuk rakan-rakan di dalam ekonomi gig, mereka akan mendapat akses kepada peluang pekerjaan lebih bermutu dan lebih selamat serta kewangan yang stabil – seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

“Kami yakin, jika Grab memelihara kesejahteraan komunitinya, maka mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Mereka ini bukan setakat rakan kongsi – bahkan laksana duta; merekalah punca kewujudan Grab. Mereka mewakili gabungan usaha dan kepelbagaian yang merupakan asas pembentukan negara ini. Lebih utama lagi, diharap sikap amanah dan rajin yang didokongi rakan kongsi kami, berbaloi untuk menterjemah kepada kehidupan lebih bermutu, untuk dinikmati keluarga masing-masing,” tambah Rashid Shukor.

Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan ketika acara maya rumah terbuka Grab pada 5 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.

Previous Post

Vektorr, Skuter Elektrik Konsep Dari Husqvarna

Next Post

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas Ditunda

Next Post

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas Ditunda

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved