GIVI sememangnya merupakan jenama yang paling terkenal untuk aksesori motosikal bagi model-model kecil sehinggalah yang paling besar. Mereka mempunyai banjaran beratus barangan bagi setiap kemudahan penunggang motosikal tidak kira jenis motosikal mahupun bajet.
Segala barangan GIVI dikaji dengan teliti sebuat dijual. Oleh yang demikian, pengeluar daripada negara Itali itu telah memperkenalkan berbagai barangan yang berguna bagi kita.Produk terbaharu merupakan lampu LED E198 untuk kegunaan di dalam kotak atau yang lebih dikenali di Malaysia sebagai “boks.”
Lampu ini dilekatkan di dalam bahagian penutup boks dan akan terhidup secara otomatik apabila penutup boks dibuka. GIVI berkata bahawa anda juga boleh tanggalkannya dan gunakannya sebagai lampu suluh di waktu kecemasan.
Lampu LED E198 tersebut menggunakan bateri dalaman jadi kabel pengecas juga disediakan. Produk ini telah telah dilancarkan di benua Eropah serta Amerika Utara. Kami belum pasti samada ia bakal dijual di Malaysia ataupun bila ia akan sampai.