Peningkatan harga minyak yang dilihat konsisten di pasaran Asia secara tidak langsung menambah permintaan terhadap skuter dan motosikal elektrik. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah banyak kenderaan elektrik ringan sudah pun memasuki pasaran. Murah, ringan dan juga mesra alam, motosikal dan skuter elektrik ini menjadi pilihan di kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan keselesaan tanpa perlu memikirkan penyelenggaraan yang merumitkan.
Kebanyakan warga kota mampu memiliki kenderaan dua roda elektrik pada harga yang murah dan sangat berbaloi untuk kegunaan harian. Geliose Mobility, sebuah syarikat yang dibangunkan untuk mengisi keperluan ini dan telah melancarkan sebuah moped elektrik yang dinamakan sebagai Hope. Pengangkutan ringan ini direka untuk keselesaan, dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan menjadikan ia sebuah pengangkutan ideal untuk kegunaan harian.
Dikuasakan oleh motor hub 250 watt yang memberikan kuasa kepada Geliose Hope yang mencapai tahap kelajuan 25km/j – sudah mencukupi untuk mengatasi kesibukan dari pengangkutan awam yang lain. Pembeli dan bakal pengguna diberikan sebanyak 3 pilihan bateri ion-litium; 18Ah, 24Ah, and 30Ah. Geliose Hope mampu mencapai sehingga 75 km pada setiap pengecasan bateri 30Ah.
Teknologi penukaran pantas memberikan pengguna untuk mengecas bateri dari yang kosong sehingga penuh hanya dalam masa satu jam. Lebih istimewa lagi, ia turut didatangkan dengan pedal basikal untuk penunggang yang mahu melakukan sedikit senaman semasa menunggang.
Kekuatan pada Hope ini adalah tag harga yang murah. Buat masa ini, ianya dijual di Delhi tetapi Hope dijangka akan memasuki beberapa bahagian di India sebelum melepasi pasaran antarabangsa.
Sumber : RideApart / Bikedekho