Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gabungan Teknologi, Prestasi, dan Gaya Terkini

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-10
in BULETIN, UTAMA
0

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan Honda RS-X Winner Serba Baharu, sebuah motosikal serba boleh yang direka untuk memenuhi keperluan penunggang harian di bandar dan juga peminat tunggangan hujung minggu. Dengan gaya sporty yang menarik, teknologi terkini, ciri-ciri mesra pengguna, serta prestasi luar biasa, model ini mengekalkan kualiti dan kebolehpercayaan lagenda Honda.

Disahkan dengan penarafan 5-bintang MyMAP, motosikal ini kini dilengkapi tujuh peningkatan penting yang menjadikannya lebih selamat, inovatif, dan menyeronokkan untuk ditunggang. Honda RS-X Winner Serba Baharu adalah bukti komitmen Honda terhadap kecemerlangan dan inovasi untuk memberikan pengalaman tunggangan yang tiada tandingan.

7 Peningkatan Utama Honda RS-X Winner Serba Baharu
1. Enjin 150cc Baharu
Enjin DOHC dengan penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW dan tork 13.6 Nm. Diiktiraf sebagai EEV, ia menjimatkan bahan api dengan penggunaan 50km/liter.

2. Klac Assist and Slipper
Ciri ini mencegah gelinciran roda belakang, memudahkan penukaran gear, dan mengurangkan haus komponen motosikal untuk kawalan lebih stabil.

3. Sistem Kunci Pintar Honda
Menyediakan penghidupan enjin tanpa kunci, Sistem Penggera Anti-Kecurian, dan Sistem Panggilan Balik untuk keselamatan maksimum.

4. Port Pengecas USB
Port pengecas kalis air memastikan peranti anda sentiasa dicas, walaupun untuk perjalanan jauh.

5. Reka Bentuk Sporty
Badan maskulin dengan garis aerodinamik memberikan imej lincah dan agresif yang menonjol.

6. Suis Hendal Berasingan
Memastikan kawalan intuitif untuk lampu, signal, dan hon tanpa mengalihkan fokus dari jalan.

7. Rim Tetuang Gaya Sport
Rim 17 inci baharu, ringan dan kukuh, meningkatkan kestabilan dan prestasi semasa kelajuan tinggi.

Honda RS-X Winner Serba Baharu ditawarkan pada harga RM9,998.00 untuk warna standard (Biru, Hijau, Kelabu Matte) dan RM10,298.00 untuk warna Kuning Khas (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Ia hadir dengan waranti dua tahun atau 20,000 km. Menurut Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan Boon Siew Honda, yakin model ini akan memperkukuhkan reputasi jenama Honda dan nama RS-X.

Sejak dilancarkan pada 2021, Honda RS-X telah menjadi pilihan popular di Malaysia, terkenal dengan enjin berkuasa tetapi jimat bahan api serta rekaan bergaya, termasuk lampu hadapan LED yang menonjol. Untuk model Honda RS-X Winner Serba Baharu, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan bagi memenuhi keperluan penunggang dari semua lapisan umur.

Boon Siew Honda terus komited menawarkan kualiti cemerlang sebagai penyelesaian mobiliti mampu milik sejak lebih enam dekad. Dengan reputasi Honda sebagai jenama dipercayai di kebanyakan kediaman rakyat Malaysia, Honda RS-X Winner Serba Baharu dijangka meneruskan legasi model-model motosikal Honda yang ikonik dan digemari ramai.

“Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bersama mereka menerusi pelbagai peringkat kehidupan mereka. Saya percaya bahawa di kebanyakan kediaman rakyat Malaysia, masih ada sebuah motosikal Honda yang terus berkhidmat dengan cemerlang. Saya berharap Honda RS-X Winner Serba Baharu akan mengambil tempat bersama model-model motosikal lagenda Honda sebelum ini yang disukai dan diraikan rakyat Malaysia sepanjang tahun-tahun akan datang,” kata beliau.”

Untuk maklumat lanjut tentang Honda RS-X Winner Serba Baharu, sila lawat www.boonsiewhonda.com.my.

Previous Post

Kegemilangan Komuniti Motosikal, Akhiri Tahun 2024

Next Post

Semua Idea Hasil Sendiri

Next Post

Semua Idea Hasil Sendiri

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved